Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 20 Januari 2013

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Hadi Md Amin

Gambar hari ini adalah dikirim oleh Sdr Hadi Md Amin.  Benih diperolehi daripada blog tanamsendiri.com.  Saya perhatikan tanaman Sdr Hadi sangat cantik.  Gambar ini sebenarnya dah lama dikirim.  Saya ingin post gambar tersebut bila highlightkan timun kerana kini tanamsendiri ada menyimpan 7 jenis timun.   Sekarang adalah masa yang elok untuk tanam timun (di kawasan saya) kerana musim serangan kekabuh timun telah berakhir.  

Saya perhatikan pokok milik Sdr Hadi amat subur tanpa seragan makhluk perosak yang ketara.  Jika pokok sedang berbunga atau berbuah, pastikan pokok disiram dan sebelum disiram, pokok tidak kering.  Ini kerana buah timun memerlukan air yang banyak.  Jika pokok kering ketika berbunga, bunga akan luruh.  Jika berbuah, kebiasaannya pokok akan mati.

Pokok Timun yang sedang berbuah.  Gambar milik Hadi Md Amin - adie4030@yahoo.com

Pokok Timun yang subur tanpa kesan serangan kekabuh mentimun.  Gambar milik Hadi Md Amin - adie4030@yahoo.com

3 ulasan:

  1. wah menjadi..pokok pun nampak cantik hijau..subur...sy punya pokok timun mini ntah berapa kali semai..elok bercambah..memang bernas benih nya..tapi bila dah 5-6 helai daun keluar..kekabuh pun datang menyerang...sekarang sy semai merata di tanah belakang umah...harap-harap ada tempat kekabuh tak nampak pokok timun yg tumbuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya punya pn sama, saya semai Timun Jepun, 4 drpd 5 benih hidup..tp bila alih ke tanah..Kekabuh timun pn dtg menyibuk memakan daun..Sabar aje lah..Tp nasib sy alih hnya 2 anak pokok ke tanah.Yg 2 lg kt kotak semaian..

      Padam
    2. Untuk peringkat awal boleh buat clotche iaitu serkup pelindung. Gunakan botol plastik air mineral yang saiz besar (5.5L). Potong bahagian bawah dan serkup anak pokok terutamanya di waktu malam. Selain daripada kekabuh timun, ia juga boleh lindungi tanaman daripada siput dan tikus.

      Padam