Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 16 Januari 2013

Gambar Hari Ini -- Putik Bunga Labu Fajar


Putik bunga labu fajar


Putik buah labu fajar yang baru luruh bahagian bunga.  

Pokok Labu Fajar yang di tanam seberang jalan dah mula berbunga.  Sebenarnya saya tak sedar tentang kehadiran bunga sulung betina tersebut.  Bila dah sedar, bahagian kelopak baru saya luruh.  Melihatkan keadaan putik, saya syak ia gagal didebungakan dan akan luruh tidak lama lagi.

Bagaimanapun ada satu lagi putik bunga betina.  Apabila mekar nanti ia akan didebunga secara manual. Buat masa ini semua bunga jantan yang mekar akan dikumpulkuan sebelum makhluk perosak sempat bertelur di dalamnya.  Jika sempat bertelur, bahagian dalam bunga jantan akan dipenuhi berengga (maggot) yang akan makan debunga.

InsyaAllah tak lama lagi akan dapat merasa semula labu manis.  Kali ini dari jenis Fajar mempunyai benuk yang sama dengan butternut.

Benih Labu Manis Fajar
Tanam Labu Manis

4 ulasan:

  1. saya baru je alihkan anak pokok labu fajar ni ke tanah... lambat lagi kot - nak tunggu membesar... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau cukup baja, cepat juga. Saya ambil pucuk dalam 2 minggu sekali buat sayur. Cara ni pokok jadi rimbun dan tak merayap jauh.

      Padam
  2. Pokok labu manis amber baru saja dimusnahkan akibat serangan kekabuh timun yg teruk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat saya, musim kekabuh timun dah lepas. Rupa-rupanya hijrah ke area Zamzurina.

      Padam