![]() |
| Pokok tulasi dah besar dan tinggi |
Pokok tulasi ini dulu tumbuh dalam pasu pokok limau purut. Saya biarkan aja pokok ni membesar dengan niat untuk melindungi limau purut daripada serangan ulat bulu. Kini lain pula jadinya. Pokok tulasi mengatasi pokok limau purut dan saiznya menjadi sangat besar. Nak dipangkas, sayang pula. Mungkin nanti, kalau larat saya akan cungkil pokok limau purut dan tanam dalam pasu yang baru. Barangkali kalau dibiarkan terus, besar mana pokok tulasi ni akan tumbuh? Hmmm... jangan ceroboh ruang jiran sudahlah.

salam tuan,
BalasPadamtulasi dan selasi sama ke?, atau selasi dan kemangi adalah sama?..
Ketiga-tiga adalah dari keluarga yang sama, iaitu Basil tetapi ketiga-tiganya adalah berbeza.
PadamKalau boleh nak minta En Is letak foto utk setiap satu. Macam en is letak utk bunga kemangi. Dapat jugak kami lihat perbezaannya...
BalasPadamInsyaAllah akan saya letakkan.
Padamtulasi..pertama kali saya dengar..rasa dan baunyer hampir same ke dengan selasih dan kemangi..??
BalasPadamwah!!!ia boleh tumbuh tinggi merimbun begitu yer
Rasa dan baunya agak berbeza. Semuanya berempah. :)
Padam