Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 2 Februari 2013

Benih Untuk Dijual -- Kucai

Kucai adalah tanaman dari keluarga Alium (bawang) yang ditanam untuk daunnya.  Daun kucai yang mempunyai bau bawang dengan rasa manis sedikit enak dimasak sebagai rencah dalam telur goreng dan jejemput.  Benih kucai lazimnya dijual dengan harga yang tinggi kerana ia hanya diperlukan sekali sahaja.  Apabila pokok kucai telah bercambah, anda kanya perlu kerat daunnya untuk dimakan dan biarkan bebawang di dalam tanah.  Daun yang baru akan tumbuh lagi.

Benih kucai adalah antara benih yang lambat/sukar bercambah, jadi perlu bersabar ketika menanamnya.

Benih yang saya uji cambah, direndam dalam air suam bermalam (8 jam) dan disemai dalam growmix tumbuh dalam masa 1 minggu.  Hanya 80% daripada benih yang disemai tumbuh. 20% lagi mati diserang kulat.

Cambahan kucai yang tumbuh selepas 1 minggu disemai.


1 pek mengandungi 20 biji benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.  Dapatkan segera kerana benih sukar diperolehi.

Cara Memesan Benih

36 ulasan:

  1. ya... saya setuju... benih kuchai sukar bercambah... lebih-lebih lagi kalau benih yg kita beli dipasaraya... lebih 3-4 kali saya cuba...
    yg saya ada sekarang ni, benih kucai dari bebawang... semasa saya dapat cuma sepasang bebawang... skrg dah bercambah serumpun... Alhamdulillah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bebawang pun sukar dicari. Biasanya pekebun tak mahu "lepaskan" bebawang sebab itu sumber mata pencarian mereka. Saya pernah dapat segenggam selepas memujuk peniaga di pasar. Memang banyak dapat dihasilkan daripada segenggam bebawang. Dapatlah makan kucai segar selama beberapa tahun. Pokok tersebut mati apabila terabai bila kami pulang bercuti di kampung.

      Minngu ini insyaAllah saya akan cuba semai daripada benih batch baru yang saya perolehi ini. Bila dapat kaedah terbaik, saya akan kongsikan.

      Padam
  2. Simpan saya satu pek tuan :)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, saya simpankan 1 pek untuk Sir Syahmi. :)

      Padam
  3. Assalamualaikum..sy nak order benih kucai dan mulbery..ada lagi tak?terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, benih kuchai dann keratan mulberi ada dalam stok kami.

      Padam
  4. saya nak order benih kuchai rm20,mulberi rm10..nnt dah bank-in sy inform..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy dh bank-in(transfer) rm30 di akaun mbb(abd rahman bin iskandar)..jam 5.00p.m td..

      Padam
    2. Terima kasih. Sila emelkan nama serta alamat penerima ke iskandar.abdulrashid@gmail.com

      Padam
  5. Balasan
    1. Ok, saya akan simpankan untuk emmatam 2 pek. :)

      Padam
  6. En is.. Benih kuchai Ada lagi tak..? Saya nak 2 pek.. Tq

    BalasPadam
  7. nasib baik sy tnm menjadi .saya tabur bila kucai keluarkan benih.masih fresh.banyak juga kucai yg tumbuh.
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benih fresh lebih mudah tumbuh. Kucai lebih mudah tanam guna bebawang.

      Padam
  8. tolong reserve benih kucai rm30, maman rm20, ulam raja rm20, pudina rm20. Nanti bila saya dh bank-in sy akan bgtau thru hp.

    BalasPadam
  9. en is blh saya tanya..benih kucai dtg dr bunga kucai ye?

    BalasPadam
  10. Assalam en Is,

    benih kucai ada lagi tak?

    BalasPadam
  11. Salam,benih kucai adalagi x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, benih tersebut masih ada dalam stok.

      Padam
  12. Salam, benih kucai ada lagi x? Kalau ada saya nak 1.

    BalasPadam
  13. Kalau ada tlg reserve benih kucai Rm30.

    BalasPadam
  14. mcmana nak semai benih kucai, semai dipermukaan growmis ataupun, benamkan sedikit dlm growmix?

    BalasPadam
  15. Salam benıh kuchaı dan ulam raja ada lagı x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      Ya dua-dua masih ada.

      Padam