Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 22 Januari 2013

Benih Baru

Selain daripada benih salad Marilyn, hari ini saya ada menerima beberapa benih sayur.  Antara benih yang saya maksudkan ialah benih kailan tokyo (kalau melihat gambar yang dibekalkan oleh pembekal benih, cantik kailan ni).  Tapi harganya juga cantik.  Tapi harganya 10 kali ganda kailan F1 sebelum ini.  Mungkin saya akan jual dalam bentuk tawaran bersama kailan yang lain.  Buat masa ini ada 4 jenis kailan.

Saya juga ada menerima benih bayam dari kultivar yang baru.  Ya, ia juga bayam F1.  Mungkin boleh jual dalam bentuk koleksi.  Dah 6 jenis tu.

Selain dari itu saya juga ada menerima 2 jenis sawi yang baru, iaitu sawi JB-777 dan sawi yang ditanam untuk hotel 5 bintang.  Harga sawi ini amat mahal berbanding sawi sebelum ini.  Melihatkan gambar sawi ini, ia memang cantik.  Ia akan ditawarkan dalam satu pakej bersama sawi yang lain. Kalau diperhatikan sekarang dah ada 18 jenis sawi dalam koleksi.   Nantikan tawarannya.  Kalau lambat respons, nanti tak merasa. :)

Benih baru lain yang ada ialah benih  Cili Abang 9000, benih betik eksotika dan benih betik sekaki.

10 ulasan:

  1. yang cantik-cantik semua kita nak... hehehe...
    kailan cantik... sawi cantik... mcm mana lah agaknya rupanya tu... tengah imagin sayur cantik...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat dengan tahun baru cina, benih yang cantik cantik dikeluarkan.

      Padam
  2. Benih eksotik. . . 2 yg semangat nk tanm 2. . .berkenan jgk

    BalasPadam
  3. Wahhhh.. (sambil melopong mulut baca entri Tuan Iskandar ni).. Hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedang cuba-cuba guna zeolite yang Sir Syahmi kirim. Nanti saya akan masukkan gambar yang Sir Syahmi kirim ke dalam posting.

      Padam
    2. Hehe.. Terima kasih tuan.. Nanti maklumkan perkembangannya :)..

      Padam
  4. Bang..benih purple carrot x de ke bang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum dapat. Dah pesan beberapa jenis carrot dan beet.

      Padam
    2. Dah dapat, lobak rosa. Ia dari jenis radish.

      Padam