Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 30 November 2012

Puteri dan Microleaves

Hari ni Puteri sedih sebab tak dapat main kat luar.  Hujan.  Jangan sedih-sedih Puteri, hari ni kita buat indoor gardening. 

1.  Mula-mula isikan dulang semaian dengan tanah kompos lebih kurang 2.5 cm (1 inci).  Ratakan tanah tapi jangan mampatkan.


2. Ambil segenggam benih sayur, kacang atau herba dan tabur di atas dalam dulang semaian.



3. Pastikan benih yang ditabur sekata.


4. Semburkan dengan air supaya tanah lembap, tapi jangan terlalu basah.

 5. Letakkan dulang di tempat yang ada cahaya.  Selepas 1 hari, 50% daripada benih akan bercambah.


 Percambahan adalah galak, selepas 2 hari, 80% daripada benih akan bercambah.


Selepas tiga hari cambahan kelihatan begitu padat.  Jika diletakkan di tempat yang cerah, daun akan berwarna hijau tua dan cambahan pendek dan kukuh.
Add caption
 Selepas empat hari, cambahan dah boleh dituai.  Boleh tunggu beberapa hari lagi jika mahukan cambahan yang mempunyai rasa yang kuat.







Puteri dengan bangga menunjukkan hasil tanamannya.


 6. Cambahan tumbuh ke arah sumber cahaya.  Dah sedia untuk dituai.  Kalau pokok kelihatan layu, boleh semburkan air tapi jangan seeloknya jangan basahkan daun untuk elakkan diserang kulat.

7. Gunting cambahan, jangan tarik kerana kalau tarik tanah akan terkeluar dan kotorkan tuaian.

 8. Untuk cambahan seterusnya, terbalikkan lapisan tanah dan leraikan tanah.  Jangan buang akar.  Tabur biji benih yang baru dan siram.  Mudahkan? 



Jika inginkan cambahan yang panjang, cambahkan di tempat yang kurang cahaya.  Sehari sebelum tuai barulah letak di tempat yang cerah.



Yaaay, hari hujan pun best, masih ada aktiviti gardening.  sekarang, Puteri happy.
















Tuaian Hari ini -- Buah Mulberi

Buah Mulberi yang hitam dah ranum.
Tuaian hari ini, mulberi.  Tak banyak tapi cukup seronok bila ada beri untuk berebut dengan anak-anak.  Selebihnya simpan untuk buat jeli mulberi.  Nanti akan dimasukkan resepi.

Khamis, 29 November 2012

Pokok Mulberi Semakin Lebat Berbuah

Puas bila memerhati ranting-rantiing mulberi yang padat dengan putik buah.  Nampaknya tak lama lagi bolehlah buat jeli mulberi.  Kena pula dengan parutan kulit lemon. Fuh, tak tercerita enaknya.

Ranting mulberi yang masih halus pada dengan buuah mulberi yang masih muda.

Untuk hasilkan buah yang lebat, memadai guna kompos sebagai baja.

Buah mulberi semakin lebat dengan saiz yang lebih gemuk.



Microleaves, Cepat, Enak, Berkhasiat, Selamat


Minggu lepas saya ada nyatakan akan postkan tentang microleaves.  Ada yang bertanya, adakah microleaves sama dengan taugeh?  Tak sama.  Sabar dulu, biar saya jelaskan.

Microleaves juga kadang-kadang dikenali sebagai microgreen.  Saya akan gunakan istilah cambahan.  Walaupun cambahan jarang digunakan dalam masakan di kedai biasa, di hotel dan restoren ternama, ia adalah antara ramuan yang biasa digunakan.  Kira gourmet lah... 

Di rumah, saya gunakan cambahan dalam salad, burger, dan sanwic.  Saya juga gunakan cambahan sebagai ramuan dalam nasi goreng dan mee goreng.


Cambahan digunakan sebagai perencah nasi goreng.  Enak!



Kebiasaannya benih yang digunakan termasuk benih sayur, kacang dan herba.  Warnapun ada pelbagai.  Ada yang hijau, ada yang merah dan ada yang ungu.  Cambahan dituai ketika anak pokok masih muda, biasanya selepas satu atau 2 set daun sebenar tumbuh.  

Apakah kelebihan cambahan?  Ia kecil, padat dengan rasa yang rangup dan enak, berkhasiat pula tu.   Ya, ia lembut dan rangup, lebih lembut dan rangup daripada baby kailan.   Cambahan amat sesuai dijadikan salad, sup dan penghias makanan (garnish).  Oh ya, satu lagi ciri cambahan, ia membantu badan melawan penyakit.  Makan cambahan badan jadi kuat dan sihat.  Ini kerana cambahan mempunyai bahan yang mampu membantu badan meyerap sebatian aktif yang ada dalam masakan.  Sebab itulah jus cambahan, misalnya jus rumput gandum dijadikan minuman kesihatan.  Daun dalam cambahan mengandungi bahan penyerap sebatian aktif yang lebih pekat daripada sayur yang telah matang.  

Ok, berbalik kepada taugeh.  Adakah sama dengan taugeh?  Sebenarnya tidak.  Taugeh adalah benih kacang yang dicambahkan tetapi tidak disemai.  Oleh sebab itu taugeh  mengandungi daun yang tidak matang yang pucat.  Batang dan akarnya juga kelihatan pucat.  Taugeh dihasilkan menggunakan kaedah percambahan yang terdiri daripada benih dan air sahaja.  Benih taugeh sebenarnya tidak disemai.   Ia dicambahkan dalam bekas yang tertutup pada suhu yang optima untuk percambahan.  Jumlah benih pula banyak, menghasilkan keadaan yang padat atau disebut ketumpatan yang tinggi.  Suasana benih yang sesak, gelap, suhu tinggi, dan lembap bukan sahaja sesuai untuk percambahan biji benih;  malah keadaan begini juga sesuai untuk pertumbuhan patogen, iaitu mikroorganisma yang mampu membawa penyakit.  Ini membimbangkan terutamanya jika ingin hidangkan mentah. 

Cara penyediaan cambahan microleaves pula berbeza.  Tanah atau medium bernutrien digunakan.  Cambahan disemai dalam kehadiran cahaya matahari serta dengan kelembapan yang rendah.  Kepadatan benih juga jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan taugeh.  Cambahan memerlukan masa antara 4 hari hingga 2 minggu sebelum dituai, iaitu selepas daun telah matang.  Tidak seperti taugeh, cambahan microleaves dikerat ketika dituai.   

Bahagian akar tidak dituai.  Oleh kerana daun telah matang sepenuhnya, ia mempunyai rasa yang paling kuat, lebih enak daripada taugeh yang tidak matang.  Keadaan penyediaan microgreen juga tidak sesuai untuk pertumbuhan patogen.  Jadi microleaves lebih selamat dimakan.  Walaupun begitu, langkah keselamatan perlu diambil.  Basuh tuaian microleaves sebelum dimakan.  

Ok, berbalik kepada taugeh.  Adakah sama dengan taugeh?  Sebenarnya tidak.  Taugeh adalah benih kacang yang dicambahkan tetapi tidak disemai.  Oleh sebab itu taugeh  mengandungi daun yang tidak matang yang pucat.  Batang dan akarnya juga kelihatan pucat.  Taugeh dihasilkan menggunakan kaedah percambahan yang terdiri daripada benih dan air sahaja.  Benih taugeh sebenarnya tidak disemai.   Ia dicambahkan dalam bekas yang tertutup pada suhu yang optima untuk percambahan.  Jumlah benih pula banyak, menghasilkan keadaan yang padat atau disebut ketumpatan yang tinggi.  Suasana benih yang sesak, gelap, suhu tinggi, dan lembap bukan sahaja sesuai untuk percambahan biji benih;  malah keadaan begini juga sesuai untuk pertumbuhan patogen, iaitu mikroorganisma yang mampu membawa penyakit.  Ini membimbangkan terutamanya jika ingin hidangkan mentah. 

Cambahan dituai dengan mengerat pada batang pada paras 1 atau 2 cm daripada tanah atau medium.




Gambar Hari Ini - Ros Jepun

Ros Jepun adalah tanaman yang mudah ditanam menggunakan keratan.  Ia menghasilkan bunga yang berterusan.  Ros Jepun tak cerewet.  Dalam tanah pasir pun ia tumbuh subur.

Pokok Bunga Ros Jepun

Mengendali Tanah Secara Organik, Bahagian 8 daripada 26


Saya perhatikan dalam program menanam di TV, mereka ajar untuk mampatkan tanah selepas menanam pokok.  Cara ini sebenarnya kurang elok kerana apabila tanah dimampatkan, ruang udara di dalam tanah telah ditutup atau dikurangkan.

Jika tanah mampat dan tidak mengandungi udara, pertumbuhan akar akan terbantut.  Kalau pertumbuhan akar terbantut, tanaman pasti terbantut kerana akar berfungsi untuk menyerap air dan nutrien daripada tanah.  Dari bacaan saya, ada yang mengatakan pertumbahan akar terbantut sehingga 90%. Serious tu. Patutlah kalau tanah mampat, pertumbuhan tanaman terbantut.  Ini amat ketara. 

Dengan memampatkan tanah, anda telah mengurangkan kandungan oksigen di dalam tanah.  Jadi, bukan sahaja akar tidak dapat udara, aktiviti organisma juga terbantut kerana organisma aerobik perlukan oksigen untuk respirasi.  Respirasi adalah aktiviti yang berkait dengan pernafasan. 

Perlu diingatkan, struktur tanah yang sihat perlukan masa terhasil, jangan bazirkan dengan memampatkan tanah.

Berikut adalah panduan untuk kurangkan berlaku pemampatan tanah.

1. Kurangkan memijak kawasan menanam.  Jika perlu, alas papan sebelum memijak untuk sebarkan berat badan.  Ini akan mengurangkan tekanan pada satu bahagian tanah.

2. Pastikan tiada kenderaan lalu di atas tanah yang mengandungi tanaman atau tapak semaian.  Seeloknya bina laluan khas.

3. Jika ingin menggembur, gunakan cangkul dan jangan pijak tanah yang telah dicangkul.  Pergerakan ketika menyangkul adalah secara undur.  Elakkan penggunaan mesin pembajak sorong secara berlebihan.  Dari pengalaman saya, sebaik sahaja mesin bajak menggembur tanah, kita memijak tanah tersebut kerana mesin gembur bergerak ke depan.  Aktiviti membajak juga memecahkan struktur tanah yang elok terbentuk hasil daripada aktiviti hidupan di dalam tanah.  Kesan ini lebih teruk jika membajak ketika tanah basah.

Bersambung...

Rabu, 28 November 2012

Anak Pokok Kacang Golok

Anak pokok kacang golok dah sedia untuk dialih.  Walaupun belum ada daun sebenar, batang pokok seolah-olah sedia untuk melilit.  Semua biji benih yang disemai bercambah dan elok pertumbuhannya.  Mungkin akan letak di seberang jalan.  Harap-harap tak banyak makhluk perosak menyerang.

Cambahan Kacang Golok, 2 minggu selepas disemai.

Cambahan Kacang gplok dengan daun biji benih.

Gambar Hari Ini -- Bayam Ekor Kuda

Pokok Bayam Ekor Kuda

Pokok Bayam Ekor Kuda adalah antara pokok bayam hiasan yang cantik.  Benihnya dibeli dari Belanda.  Pada peringkat awal pertumbuhan pokok ini amat perlahan.  Sekarang pertumbuhan dah galak tapi masih belum berbunga.  Tangkai bunga pokok ini sangat panjang sehingga ia kelihatan seperti ekor kuda.  Tak sabar tunggu pokok ini berbunga.




Selasa, 27 November 2012

Roselle Tak Sabar Nak Bercambah

Akhir akhir ni pokok roselle seperti terabai.  Dah lama saya tak tambah baja organik ke dalam bekas.  Mujurlah akhir akahir ni sentiasa hujan, dapat juga roselle terus menghasilkan buah.  Hari ini ada juga perkara yang amazing, benih dalam buah ni seperti melonjak-lonjak tak sabar nak bercambah.  Lihat buah di belakang, benih bercambah walau pun buah belum dituai.  Subur pulak tu.

Buah roselle.  Buah di belakang mengandungi benih yang telah bercambah.
 

Gambar Hari Ini -- Jagung Manis

Patch ini hasil semaian isteri saya, Zaitun Ismail.  Dia resah sebab jagung manis isi putih hampir habis terjual, sedangkan benih sukar diperolehi.   Bila benih habis terjual, 1 pek benih sempat disemai.  Patch ini kecil aja, dalam 1.5m X 1.5.  Di dalamnya ada jagung manis isi putih, jagung manis top star, dan kacang tanah.  Kira intensive gardening lah ni.  Memang cantik, puas hati.  Tak sangka anak jeragan pun bijak berkebun. Nanti boleh semai benih jagung manis baka lain, banyak lagi tersimpan dalam peti sejuk.

  

Cambahan Salad Cina Dah Patut DiAlih

Dah lama tak "bermain" dengan salad cina.  kami di tanamsendiri.com ada simpan 2 jenis.  Buat masa ini saya hanya edarkan jenis sebagaimana dalam gambar kerana rasa salad cina ini lebih manis.  Baribaru ini buka satu pek untuk uji cambah.  Nah lihatlah sendiri banyak mana boleh dapat dari 1 pek yang kami jual dengan harga RM2.

Saya semai tanpa merancang tentang mengalih.  Bila tiba waktu mengalih, kesempitan masa.  Kalau dilihat keadaan cambahan salad tersebut, dah mesti alih, atau sekurang-kurangnya dijarangkan.  banyak juga kena guna pasu sebab banyak pokok yang perlu dialih.  1 pasu sesuai diletak 1 pokok sahaja.  Apa-apa pun saya pasti, insyaAllah bulan depan bekalan salad tak putus.

Cambahan salad cina.

Dapatkan benih salad cina

Buah Mulberi Semakin Besar

Kalau rakan-rakan perhatikan, buah mulberi yang dituai di depan rumah, semakin lama semakin besar.  Saya kurang pasti puncanya.  Mungkin kerana batang mulberi juga semakin gemuk, atau kerana akhirakhir ini pokok mendapat air yang cukup kerana hujan hampir setiap hari.  Yang pasti, buah ini lebih manis berbanding buah terdahulu.  Bagaimanapun, seperti buah mulberi lain, rasa masam tetap menjada rasa yang utama.  Buah ini kalau dibuat jem pasti enak.  

Oh ya, keratan mulberi masih ada 2 set lagi.  Siapa mahu grab?

Buah mulberi yang dihasilkan semakin panjang dan gemuk.

Lihatlah saiz tuaian mulberi hari ini.

Buah mulberi warna hitam rasanya lebih manis.

Isnin, 26 November 2012

Stok Benih Serta Cadangan

Benih Bayam Malabar (Remayung merah) telah habis stok.  Ia telah dikeluarkan dari senarai sehingga saya mendapat stok yang baru.

Minggu ini saya telah tambah satu lagi jenis benih bayam iaitu bayam merah 788.  Saya perhatikan pokok bayam yang ditanam oleh rakan-rakan tumbbuh dengan amat subur.  Bayam adalah tanaman yang "self-seeding."  Maksudnya, jika dibiarkan berbunga, benih yang terhasil akan bercambah dengan sendiri dan akan memenuhi ruang dalam laman.

Ada jenis bayam (amaranthus) yang ditanam sebagai pokok perhiasan.  Satu daripada jenis bayam tersebut ialah bayam ekor kuda (pony tail amaranthus).  Saya ada menanam pokok tersebut.  Tangkai bunganya panjang seperti ekor kuda.  Sekarang pokok telah mencecah 25 cm (10 inci).  InsyaAllah dalam sebulan lagi saya akan jual benih bayam ekor kuda melalui blog ini.

Saya juga bercadang untuk tambah 10 lagi jenis benih yang baru awal bulan Disember.  Jika rakan-rakan ada cadangan benih apa yang nak ditambah, atau ada terlintas nak dapatkan mana-mana benih yang belum tersenarai, boleh nyatakan melalui ulasan (comment).

Gambar Hari Ini -- Tomato Ceri


Tomato Ceri masih berbuah.
Tomato ceri yang segar mempunyai rasa yang manis.  Tomato ceri dari henis full house berbuah lebat.  Pokok tomato ceri ini dah tiba masa untuk ditanam baru, bagaimanapun masih lagi berjasa menghasilkan buah yang enak.

Tanaman Padat Tak Boleh, Tapi Kadang-Kadang...

KEBIASAANNYA ANAK POKOK dijarangkan untuk menghasilkan pokok yang subur, gemuk, dan enak.  Bagaimanapun, kadang-kadang ada yang ingin menanam secara intensif.  Setiap ruang yang ada ingin dimanfaatkan.  Ini mungkin kerana  ruang terhad tetapi jumlah sayur yang diperlukan banyak.

Adakah ini mungkin?  Ya, anda poleh tanam dengan padat jika tanah dicampur dengan kompos atau baja organik.  Struktur tanah juga elok, dan seeloknya terdapat organisma di dalam tanah (terutamanya cacing tanah) yang secara berterusan menggembur tanah dan membaja tanah yang digunakan.

Oleh kerana sawi memerlukan cahaya dan air, lokasi bekas mesti mendapat cahahya yang sepenuhnya dan tanah disiram dengan air yang cukup tetapi tidak sampai bertakung untuk memastikan tiada waktu kering yang menyebabkan pokok menjadi terlalu berserat.

Jangan siram di atas daun, sirap pada pangkal batang pokok.  Gunakan penyiram yang mempunyai muncung panjang.  Daun yang basah mudah dijangkiti penyakit.  Lazimnya tanaman yang padat mudah dijangkiti penyakit kerana aliran udara kurang elok.  Jadi anda pastikan daun tidak basah untuk kekalkan tanaman yang sihat.

Jika anda inginkan pokok yang lebih besar, dan tidak menggunakan penanaman secara organik sepenuhnya, tambahkan 1 sudu teh baja urea (hablur warna putih seperti garam) dalam 2 liter air sebagai booter nitrogen dan siram seperti biasa dua hari sekali.  

Sekiranya tanaman menjadi terlalu padat hingga tiada ruang untuk daun membesar, tuai sebahagian daripada tanaman, misalnya 10% daripada jumlah keseluruhan untuk menjarangkannya.  Jangan cabut pokok yang ingin dituai.  Kerat (gunting) batangnya pada paras tanah supaya daun tidak tercemar dengan tanah.

Tuai selepas 3 atau 4 minggu pokok disemai.

Pokok sawi christmas green yang ditanam dengan kaedah intensif.

Tuaian Hari Ini -- Bunga Telang

Bunga telang
Bunga telang dituai sebagai pewarna makanan dan minuman.  Kalau dikeringkan, bunga ini boleh dibuat teh.  Teh bunga telang mampu mengurangkan aras gula dalam darah.  Dari bacaan saya, teh bunga telang sesuai diminum oleh pengidap diabetes untuk mengawal aras gula.  Apa-apa pun, jika ingin minum teh bunga telang untuk kawal aras gula, dapatkan nasihat doktor dulu.

Ahad, 25 November 2012

Tuaian Hari Ini -- Terung, Bendi, Tomato dan Remayung


Terung, bendi, tomato dan remayung.

Nampaknya bendi berbuah lebat, dituai setiap 2 hari.  Terung masih terus berbuah.  Cuma kali ini buahnya bengkok, mungkin kerana ada waktunya pokok kekeringan kerana hujan hanya sebelah petang dan di waktu tengahari panas terik.  Tomato ceri masih juga berbuah.  Hari ini remayung juga dituai.  Tuaian hari ini menjadi ramuan di dalam kari.

Tentang Keratan Batang

Keratan batang lazimnya tidak semua berjaya dicambahkan.  Dari pengalaman saya, mulberi mempunyai kadar percambahan yang tinggi, iaitu sekitar 80%.  Rosemary, biasanya hanya 50 hingga 60% berjaya dicambahkan oregano sekitar 40%.  Ini bergantung kepada kaedah propagasi, misalnya medium (tanah), lembapan, dan suhu.  Jadi jika rakan hanya membeli 1 atau 2 keratan, jika keratan tidak tumbuh, rakan-rakan akan terfikir keratan yang saya kirim tidak bernas.  Ini akan menyebabkan ada rasa kecewa dan patah semangat.

Oleh sebab itu, mulai dari sekarang, jualan keratan hanya dalam set 5 keratan.  Jika hanya inginkan 1 batang sahaja, saya tidak akan kirim kerana peluang untuk gagal cambahkankeratan tersebut adalah terlalu tinggi. 

Ada yang bertanya, mengapa keratan rosemary menjadi kering selepas disemai.  Sebenarnya, ini adalah normal.  Selepas disemai, sel sel pada batang akan bertumpu kepada aktiviti untuk cambahkan akar bagi membina sistem akar yang kukuh.  Bila akar tumbuh dan sistem akar telah kukuh, barulah tunas akan mula tumbuh.  Masalahnya, rakan-rakan yang baru belajar mencambahkan rosemary dengan keratan akan tarik batang keluar untuk memeriksa samada ada akar tumbuh atau tidak.  Ini menyebabkan akar yang baru tumbuh cedera dan keratan tersebut mati.

Mengapa saya tak kirim keratan yang lebih kukuh, iaitu keratan berkayu?  Saya tidak kirim keratan berkayu kerana keratan berkayu mengandungi sel yang telah mati.  Ia tidak akan menghasilkan akar atau tunas yang baru.  Keratan terbaik mengandungi batang yang lembut.

Ada juga yang bertanya mengapa keratan oegano menjadi kuning dan mula kering.  Perkara yang sama berlaku.  Pokok cuba hasilkan sistem akar yang kukuh terlebih dahulu.  Dalam masa tersebut daun akan menjadi kuning dan luruh.  Kebiasaannya bila melihat keratan mula layu, ia akan disiram untuk menyelamatkan keratan darfipada layu.  Oleh kerana pokok masih lemah, ia akan mudah diserang penyakit.  Tanah yang basah mudah merebakkan kulat.  Jangkitan kulat menyebabkan penyakit reput batang.     Apabila ini berlaku, keratan akan mati.

Ada yang memohon saya kirim keratan mulberi yang mengandungi tunas dengan daun yang telah besar.  Daun yang telah besar membebaskan air dari batang dengan kadar yang tinggi ke dalam udara melalui proses yang dikenali sebagai transpirasi.  Ini akan menyebabkan daun tersebut layu sebelum akar sempat tumbuh.  Keratan yang terbaik mengandungi kulit yang masih lembut dengan mata tunas yang masih belum mengandungi daun.


Sabtu, 24 November 2012

MAHA 2012

MAHA 2012 bermula hari ini.  Saya pernah janjikan set buku pertanian ketika event tersebut.  Untuk makluman rakan-rakan, janji tersebut terpaksa dimungkiri kerana terdapat beberapa kekangan.  Set buku tersebut akan jual di pasaran awal tahun depan. 

Untuk pengetahuan rakan-rakan, saya juga mengkompil kandungan blog ini.  Setiap jilid mengandungi 100 muka surat yang terdiri daripada posting dari peringkat awal hingga masa kini.  Bermula daripada tahun depan, setiap akhir bulan, bahan akan dikompil dan dibukukan.  Semoga usaha ini dapat membantu rakan-rakan yang berminat menyimpan kandungan blog dalam bentuk buku.  Semoga mendapat sokongan daripada rakan-rakan.

Maklumat lanjut tentang penerbitan tersebut, serta nama penerbit akan diberi kemudian.

Khamis, 22 November 2012

Tuaian Hari Ini -- Cambahan, Microleaves




Seronok Puteri dengan microleaves yang bakal dituai.

Sebahagian daripada cambahan microleaves yang bakal dijadikan rencah nasi goreng.
Aktiviti menanam untuk tuai cambahan adalah antara aktiviti yang digemari kanak-kanak.  Dulu, aktiviti ini menjadi rutin Muhammad dan Akasyah, kini menjadi rutin Puteri kalau hari hujan.  Kalau cuaca elok, Puteri lebih gemar berada di luar rumah, membantu Papa dan Mama berkebun.

Hari ini, tuaian microleaves akan dijadikan rencah dalam nasi goreng.  segar dan enak.


Rabu, 21 November 2012

Mengendali Tanah Secara Organik, Bahagian 7 Daripada 26

Struktur Tanah
Sebenarnya struktur tanah adalah faktor utama yang menentukan kesuburan tanah.  Semau aktiviti lain yang kita lakukan adalah untuk mengekalkan atau membaikpulih struktur tanah.  Ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan atau elakkan untuk mengekalkan kesuburan tanah, maksud saya struktur tanah yang elok.

1. Tambah bahan organik (rakan-rakan mesti kata "dah agak pun", sebab saya duk ulang benda sama aja, he he).  Ni kalau orang lelaki, macam ubat kuatlah... Kalau orang perempuan, macam jamu. :P

2.  Jangan cangkul atau kerjakan tanah ketika ia basah.

"Alamak! Kenapa pulak?"  

Sebab kalau tanah basah, anda akan rosakkan struktur tanah.  Lagipun ketika tanah basah organisma yang baik baik akan berada dekat dengan permukaan.  Setiap kali cangkul mungkin akan tercangkul cacing dan organisma lain.

3. Elakkan terlebih gembur, misalnya menggunakan pembajak mesin.

"Ni nasihat untuk diri sendiri. :("

Elakkan juga daripada kerap memijak tanah yang ingin bertanam kerana ia akan memampatkan tanah.  Kalau nak pijak, gunakan papan.  Ini akan menyebarkan tekanan ke seluruh permukaan papan.

Saya letakkan sempadan kayu untuk pastikan tidak memijak kawasan menanam.


4.  Elakkan penggunaan baja kimia yang berlebihan.  Ia juga boleh merosakkan struktur tanah.

5. Pastikan permukaan tanah dipenuhi tanaman, tanaman litup, misalnya green manure, atau kalau terdedah, tutup dengan sungkup, seeloknya bahan organik.

6. Galakkan tanah supaya kekal hidup.

7. Jangan keluarkan bahan organik daripada tanah lebih daripada yang anda tambah.  Misalnya bila anda tanam pokok, ia akan serapkan bahan organik.  Anda perlu ganti dengan membaja menggunakan bahan organik supaya tanah kekal hidup.

 
Kekalkan atau baiki struktur tanah untuk hasilkan tanah yang sihat.

Selasa, 20 November 2012

Benih Untuk Dikongsi, November 2012 -- Sawi Hong Kong

Benih kongsi untuk bulan November ialah Sawi Hong Kong.  Untuk dapatkan benih kongsi, sila emelkan nama dan alamat ke iskandar.abdulrashid@gmail.com


Sawi Hong Kong boleh ditanam dalam pasu.

Gambar Oleh Rakan TanamSendiri -- Puan Nurul Asyikin Said

Gambar yang dipamerkan kali ini adalah milik Puan Nurul Asyikin Said.  Menurut Puan Nurul, pokok yang dipamerkan adalah pokok jagung.  Ia berbunga ketika pokok masih muda.  Untuk pastikan Puan Nurul mendapat buah yang bersaiz besar, ketika ini pokok elok disuap dengan baja organik, sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.  Cantik pokok ni.

Jagung hasil tanaman Puan Nurul Asyikin.  Gambar milik Nurul Asyikin Said, asyikinsaid@gmail.com. Dapatkan izin pemilik gambar jika ingin gunakannya.
Jagung manis isi putih dah habis stok.  paling laku, pembeli daripada Sabah dan Sarawak.  Terima kasih rakan-rakan daripada Sabah dan Sarawak kerana bersama rakan-rakan daripada Semenanjung menyokong tanamsendiri.com.

Minggu ini saya tambah 2 benih baru iaitu jagung manis Sweet Melody dan jagung manis baka Taiwan.  Kedua jenis ini menghasilkan buah yang kuning, padat sepenuhnya.

Jagung manis Top Star pula menghasilkan isi kuning dan putih.  Susunan buahnya juga padat.  Saya perhatikan di pasaraya, jagung jenis ini dijual dengan harga yang tinggi.

Tuaian Hari ini -- Tomato Ceri

Alhamdulillah, pokok masih lebat berbuah walaupun dituai 2 hari sekali.  Buah tomato ceri enak juga dijadikan ramuan dalam sambal cili, salad, rojak, sanwic atau dimakan begitu sahaja.  Tomato segar tak sama rasanya dengan tomato pasaraya.

Tomato ceri hasil tanam sendiri, enak.

Benih Untuk Dijual -- Jagung Manis, baka Sweet Melody

Jagung manis hibrida yang dapat dituai dalam masa 60 hari selepas disemai.  Isi yang padat dan lemak manis.  Isi berwarna kuning.

1 pek mengandungi 5 biji benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.

Cara Memesan Benih

Cambahan, Cepat Dapat Dituai

Cambahan Microleaves boleh dituai pada hari ke 4.  Pada pendapat saya hari ke 4 adalah hari terbaik untuk tuai.  Kalau tunggu lama cambahan akan berserat.  Cambahan enak dimakan sebagai salad, diletak dalam sanwic dan burger, serta berbagai masakan lagi.

Dalam perbincangan nanti saya akan sentuh tentang cara mengawal saiz cambahan.  Saya suka saiz sebagaimana dalam gambar di bawah.  

Cambahan selepas 4 hari disemai.



Semaian Baru -- Kacang Golok, Sword Bean, Canavalia gladiata

Benih kacang ini bercambah selepas 5 hari disemai.  Saiz kacang memang besar.  Sebelum bercambah, saiznya berganda.  Tak sabar menunggu keluar daun. :)

Kacang Golok atau dalam Bahasa Inggeris, Sword Bean.  Pokok adalah daripada jenis menjalar.


Cambahan Kacang Golok

Isnin, 19 November 2012

Gambar hari Ini -- Pokok Bendi


Pokok bendi sedang berbuah.
Pokok bendi emas seperti berterusan mengurniakan buah yang lembut dan enak.  Buat masa ini saya petik buah 2 hari sekali untuk pastikan mendapat buah yang lembut.  Buah yang dipetik dibuat ulam dan dicelup tepung. 

Bendi emas menghasilkan buah yang berbaldu.  Buah muda rangup kalau dimakan mentah.  Dari 10 pokok yang saya tanam, dapat tuai lebih kurang 30 biji setiap 2 hari.  Rasanya berbeza sedikit dari bendi singa.


Ahad, 18 November 2012

Apa Yang Cepat, Berkhasiat, Tak Perlu Ruang Dan Cahaya Yang Banyak?

Apa Yang Cepat, Berkhasiat, Tak Perlu Ruang Dan Cahaya Yang Banyak?
"Camboh" kata orang Ganu, "Taugeh" kata orang sekarang, "Microleaves" kata buku.  Semua merujuk kepada benda yang sama iaitu daun-daun kecil yang terhasil daripada biji benih yang baru bercambah.  Saya akan panggil "cambahan".
Cambahan kaya dengan khasiat, terutamanya zat besi dan protein, cepat dapat dituai (4 hari selepas disemai), enak, bersih dan mudah.  Nak apa lagi?

Cambahan yang disemai oleh Puteri, anak kecil berumur 3 1/2 tahun yang minat berkebun.
Minggu ini saya akan bincangkan tentang cambahan, cara menyediakannya, khasiat, serta cara menuai yang mengutamakan kebersihan, serta cara menghidang/memasaknya.

Jumaat, 16 November 2012

Tuaian Hari Ini -- Bendi dan Tomato Ceri


Tomato Ceri dan Bendi Emas
Tuaian hhari ini, buah tomato ceri dan bendi (emas).  Tomato ceri ada rasa manis sedikit.  Bendi emas kulit ada bulu halus seperti baldu. Elok dituai ketika kecil.  Saya cicah kuah rojak.  Enak juga.

Gambar Hari Ini -- Cekur Manis


Pokok Cekur Manis yang disemai menggunakan biji benih.
Pokok cekur manis adalah sayur yang berasal dari negara kita.  Ia amat berkhasiat, kaya dengan zat besi dan protein.  Saya campurkan daun ini di dalam bubur nasi dan dijadikan makanan pertama anak-anak.  Sayur cekur manis juga enak dijadikan ramuan dalam sayur manis, tambah bawang putih dan ikan bilis... enaknya.

Pokok cekur manis lazimnya ditanam menggunakan keratan batang.  Pokok ini saya tanam menggunakan biji benih.

Oh ya, pucuk cekur manis boleh dijadikan galactagogue.  Orang perempuan wajib tahu ni, kalau tak tahu, bila dapat anak kecil, rugi.  Siapa tak tahu apa itu galactagogue, angkat tangan?


Cambahan Chayote

Musim hujan begini begitu mencabar kepada kami yang menjalankan home gardening secara organik.  Serangan kekabuh timun berterusan dan minggu lepas diikuti dengan serangan ulat beluncas.  Alhamdulillah, pagi tadi kelihatan sekumpulan burung merbah putih singgah mengutip ulat beluncas.  Selesai satu masalah.  Hanya kekabuh timun masih perlu disembur dengan larutan sabun pencuci pinggan dan minyak masak.

Oh ya, cambahan chayote yang dijanjikan telah sedia untuk dikirim.  Mohon maaf kerana saya berjanji untuk kirim cambahan pada hari Isnin, tapi hari Selasa cuti umum.  Nak kirim pada hari Rabu, Khamis pun cuti.  Nak kirim hari ini, kemungkinan esok rakan yang pesan tak masuk ofis.  jadi kiriman akan dibuat pada hari Isnin.  InsyaAllah hari Selasa akan terima set Chayote yang terdiri dari 2 cambahan chayote, dan 2 pek benih timun.

Gambar menunjukkan cambahan yang akan dikirim kepada Puan Rahuda. Cambahan milik Ina Syaza juga kelihatan seperti dalam gambar.  Masih terdapat beberapa set yang sedia untuk dikirim.  Rakan-rakan boleh pesan sekarang.


Cambahan Chayote yang sedia untuk dipesan.


Ada Tak Buddy Pokok Timun?

       

Khamis, 15 November 2012

Stok Benih -- Keratan Oregano Telah Habis

Keratan Oregano telah habis.  Keratan bangun-bangun (cuban oregano) kini dibuka untuk pesanan.  Jumlah keratan adalah terhad. Sila buat pesanan segera.  1 set mengandungi 5 keratan. 

Mengendali Tanah Secara Organik, Bahagian 6 Daripada 26



Mengendali Bahan Organik


1. Sentiasa ganti bahan organik setiap kali selepas menuai tanaman.  Maksud saya selepas semua tanaman dicabut.

2. Bahan yang paling banyak mengandungi bahan organik ialah kompos.  Jangan risau kalau tambah terlalu banyak kompos.  Anda tak akan terlebih kompos.  Lagi banyak kompos ditambah, lagi elok.  Kalau anda tak buat kompos sendiri, boleh guna tinja haiwan ternakan yang telah terurai.  Jangan letak tinja yang baru.

3. Sungkup daripada keratan tanaman boleh juga menambah bahan organik ke dalam tanah.  Selain daripada menambah bahan organik, ia juga menghalang rumpai daripada tumbuh kerana sungkup menghalang cahaya matahari terkena permukaan tanah.

Keratan tanaman jangan dibuang.  Ia boleh dijadikan kompos dan dikembalikan ke tanah.  Kerat ranting supaya pendek dan lebih cepat mereput.  Cebisan tanaman boleh juga dibuat sungkup.


4. Tinja hijau (green manure), misalnya rumput, tanaman halba, sawi, atau apa-apa tanaman yang sengaja ditanam yang kemudiannya diuraikan untuk dijadikan baja boleh juga menambah bahan organik ke dalam tanah. 

5.  Ketika menuai, biarkan akar mereput di dalam tanah.  Ini akan menghasilkan ruang di dalam tanah dan membaiki struktur tanah tersebut.  Ruang akar yang reput membekalkan udara dan ruang simpan air.  Ada sesetengah tumbuhan, 50% daripada jisim pokok adalah terdiri daripada akar.  Ini mampu membekalkan bahan organik di dalam tanah.  Anda juga patut reputkan bahagian atas tanaman (bahagian bukan akar) dan kembalikan ke tanah sebagai sungkup dan kompos.

6. Tabur bahan organik di permukaan tanah.  Tabur bahan organik sedalam 2 hingga 3 inci (5 hingga 7.5 cm).  Lama-kelamaan bahan tersebut akan meresap masuk ke dalam tanah.

7. Gali alur sehingga aras lapisan bawah tanah (subsoil) dan isikan alur tersebut dengan bahan organik.  Sekali sekala isi dengan sisa organik daripada dapur.  Timbus alur tersebut dengan tanah.


Bersambung...