Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 17 Disember 2012

Tuaian Hari Ini -- Sawi Renek Christmas Green

Sawi Christmas Green yang disemai daripada 1 pek benih kongsi.

Wah, puas hati, hanya selepas 3 minggu lebih semai dah dapat tuai.  Petuanya mudah aja.  Tanam menggunakan tanah yang digaul dengan baja organik atau kompos.  Siram setiap hari, tapi sekarang tak perlu siram kerana hujan setiap hari.  Dan yang paling penting letak tempat yang terima cahaya pagi.  Bila dah tumbuh dua helai daun sebenar, alih.  kalau tak mahu alih, jarangkan pada jarak 4 hingga 6 inci antara pokok.  Biasanya dalam masa satu atau dua minggu selepas tumbuh.  

Alih sebelah petang untuk elakkan pokok kekeringan di waktu tengahari ketika akar masih belum kukuh.  Selepas 2 hari pokok akan segah semula.  Dalam 10 hingga 14 hari kemudian pokok dah boleh dituai.  

Enak dibuat rencah mee goreng. 

2 ulasan:

  1. Saya semai sawi dah kailan pagi semalam dan pagi ini sudah nampak putih putih petanda benih nk bercambah.Alhamdulillah musim hujan ni rezeki kami yg tanam sayur dlm pasu :)....

    BalasPadam