Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 18 Disember 2012

Tuaian Hari Ini -- Lobak Kampung (Lobak Putih)


Lobak Kampung (Lobak Putih}


Ada lobak yang dah matang, tapi ada juga yang masih muda.


Lobak kampung adalah antara sayur yang semua bahagian daripada pokoknya boleh dimakan.  Kalau begitu, mengapa lobak putih di pasaraya tidak dijual bersama daun?  Sayur di pasaraya dijual dalam keadaan kelihatan segar, tapi sebenarnya telah dituai beberapa hari atau beberapa minggu.  Kalau daun tidak dibuang, daun yang layu akan menyebabkan lobak kelihatan kurang segar.  Kalau daun dibuang, lobak putih kelihatan sentiasa segar.

Saya gemarkan sayur ini kerana cambahannya, daun dan lobaknya enak dimakan.  Selain daripada dimasak terus, lobak putih juga enak dijeruk dalam cuka asli.

Sayur ini paling mudah ditanam.  Ia sesuai dijadikan sayur tanaman pertama kanak-kanak.

Oh ya, buku Mudahnya Tanam Lobak Putih juga telah sedia.  Bersabar menanti kelahirannya di bulan januari nanti.





9 ulasan:

  1. Saya suka tanam lobak putih ni sebab senang tumbuh dan tak banyak masalah.Tak banyak musuh tetapi kenapa lobak ni tak mau masuk dalam tanah walau pun tanah di gembur dia tetap tersembul ke permukaan tanah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kalau nak check saiz lobak, tak perlu gali.

      Padam
  2. batang daunnya seakan2 daun sawi, masak tumis sos tiram pun sedap kan? tapi lobak putih ni jarang makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh mula tanam. Benih batch baru ada dalam stok.

      Padam
  3. huhuhu... apasal saya semai lobak putih ni dah 3-4 kali - tak jadi... hairan saya... penat dah try n error... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh try lagi. Mungkin belum discover kaedah yang serasi.

      Padam
  4. saya semai sehari dah mula keluar akar. hari kedua, kotiledon dah terbuka. cepat betul ya. seronok sangat.

    BalasPadam