Kobis dipercayai berasal daripada selatan
Eropah dan kawasan Mediterranean. Kini
ia ditanam di seluruh dunia terutamanya di kawasan tropika. Lazimnya kobis tidak membentuk jantung kalau
ditanam di kawasan panas. Kini terdapat
jenis kobis yang membentuk jantung.
Menyemai
Cambahan kobis tidak tahan panas yang
keterlaluan atau hujan. Jadi, seeloknya
jangan semai benih terus ke tanah. Semai
benih kobis di dalam bekas semaian atau dalam dulang semaian. Gunakan tanah growmix atau tanah kompos yang
mampu menyimpan air. Basahkan tanah
dengan menggunakan penyembur (spray) dan biarkan tanah lembap, tetapi jangan
terlalu basah.
Buat lubang sedalam 1 cm dan masukkan hanya
1 biji benih dalam setiap lubang. Letakkan bekas semaian di tempat cerah tetapi
tidak di bawah cahaya terus terutamanya di waktu tengahari.
Menyediakan Tanah
Kobis boleh ditanam di dalam bekas atau di
atas tanah. Gunakan tanah yang kaya
dengan organik serta mempunyai saliran yang elok. Seminggu sebelum mengalih, gaulkan tanah
dengan baja organik atau kompos. Kobis
perlukan banyak nitrogen.
Mengalih
Alih cambahan selepas dua set daun tumbuh
iaitu dua helai daun benih dan dua helai daun sebenar. Pastikan akar tidak tercedera. Jarakkan kira-kira 15 hingga 30 cm antara
cambahan dalam semua arah. Jika tanam
dalam pasu, gunakan pasu sekurang-kurangnya 25 cm. Tanam satu pokok sahaja dalam satu pasu. Jika ingin tuai daun secara berterusan, boleh
tanam hingga 2 pokok dalam satu pasu.
Membaja
Jika guna baja kimia, taburkan baja NPKMg
dengan nisbah 12:12:17:2 setiap 2 minggu. Tabur kira-kira 150 cm keliling
batang. Jika gunakan baja organik, taburkan baja kira-kira 1/2 cawan batang
setiap 2 minggu.
Menyiram
Siram setiap pagi. Air yang cukup amat penting dalam masa 2
minggu selepas anak pokok dialih. Ketika
ini jangan biarkan tanah kering terutamanya di waktu tengahari untuk memastikan
pokok tidak terbantut. Pastikan air
tidak bertakung kerana ini akan menyebabkan pokok mati diserang penyakit reput
batang.
Makhluk Perosak
Ulat serangga kupu-kupu hitam (diamond
black moth) gemar menyerang pokok kobis.
Kutip dan buang apabila ditemui.
Kulat yang menyebabkan penyakit reput
batang juga mudah menyerang jika tanah menakung air atau terlalu lembap.
Menuai
Tuai selepas 60 hari disemai.
Dapatkan benih kobis:
Aik.. Suda berubah...
BalasPadamMaksud Nurul?
PadamNi, blog en is dah berubah warna Dan rupanya ye..
BalasPadamOh. Sebenarnya tiada perubahan rekabentuk. Mungkin Nurul browse guna mobil.
PadamOoh.. Ye ke..? Mmg sy browse guna iPad..
Padam