Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 14 Disember 2012

Tak Suka Tanam Bendi.... Buah Berlendir

Ada sahabat lama baru belajar nak menanam di rumah, minta saya syorkan benih yang mudah tumbuh, mudah dijaga, tahan penyakit, berkhasiat dan mudah dimasak.  Bunyinya seperti sejenis tanaman yang sempurna.

Benih apa ya?  Mata saya pun melilau seperti tercari sesuatu tapi tidak pula fokus ke sasaran tertentu.  Maklum saja lah, sedang buat search kat data bank dalam otak yang dah mula berkarat.

Bendi!

Itu kata kunci yang keluar.


Pokok bendi yang mengandungi buah yang dah boleh dipetik.
"Hah! Bendi?  Tak suker arr... buah berlendir!"  Bentak sahabat lama, lengkap dengan memek muka sekali.

Pulok doh! 

"Weh, tahu ker dok?  Bendi kat luar negara sana popular sebab lendirnya.  Mereka buat sup.  Gumbo namanya.  Kalau bendi tak berlendir, tak dibuat gumbo!"

Pokok lain tak boleh suggest ker?  Lagipun daun berbulu, gatal!

Sekali, lagi... Pulok doh! 

"Weh tahu ker dok?  Daun bendi kat luar sana dimasak macam daun lobak putih atau dandelion.  Kalau nak balut tapai ubi pun ok."

Tapi kali ni saya sendiri pun jadi waswas.  Masak daun bendi?  Silap silap tergaru garu lidah.

Akhir akhir ni memang ada juga rasa bosan sebab tuaian bendi banyak.  Tanam untuk makan sendiri aja.  Kalau tanam untuk jual kira ok juga kalau tuaian banyak.  Tapi kalau tanam untuk makan, lama-lama bosan juga. 

Tapi bendi boleh simpan lama, boleh jeruk.  Cara masak pun berbagai.  Lagi pun bendi tanamsendiri boleh tuai masa muda dan rangup.  Sebenarnya ada cara boleh dilakukan untuk hilangkan lendir.

Kalau tanam bendi emas dan rasa bosan dengan rasanya, boleh diganti dengan bendi singa.  Kalau dah bosan bendi singa, boleh diganti dengan bendi OP.  Kalau dah bosan dengan semua, tuai buah dan preserve untuk dimakan di masa yang akan datang.  Bendi yang dipreserve boleh disimpan dan masih segar untuk dimakan walaupun telah disimpan selama 9 bulan.  Kalau begitu, preserve aja bendi yang melambak tu dan tanam sayur lain dulu.

"Jadi ada tak benih lain yang nak disyorkan?" 

Ada, jenguk-jenguk lah blog aku tu, tanamsendiri.com


Oh ya, kalau nak tahu cara mudah tanam bendi, bila nak tuai, cara memasak, cara simpan supaya tahan lama, cara kurangkan lendir, dan 1000 persoalan lagi (taklah sampai seribu) tentang bendi, dapatkan buku MudahNya Tanam Bendi yang bakal keluar di pasaran.  Oh ya, benih diberi secara percuma bersama buku.  Sabar ya.... kejap aja lagi.  Buku tengah printing tu.  

6 ulasan:

  1. Macam mana caranya nak preserve bendi lama.slalunya kalau simpan lama sikit dia jadi lebam.Bole bg tau caranya.

    BalasPadam
  2. ha! Buku tu available secara offline ke blh order online, nanti Tuan pos kan? he he heee... berapa harganya ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah saya akan jual melalui blog ini. Itu pun kalau penerbit setuju.

      Padam
  3. Nanti inform kami ye tuan :)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Bila Publisher call aja, tanamsendiri adalah tempat pertama saya akan kelui.

      Padam