Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 27 Disember 2012

Stok Benih Yang Baru

Ketumbar adalah antara benih yang laris.  Walaupun benih ketumbar agak lambat bercambah, iaitu kira-kira 7 hingga 21 hari, ketumbar begitu diminati.  Ini kerana ketumbar adalah herba yang mempunyai banyak khasiatnya.  Jika rakan-rakan semai secara terus, memang lambat bercambah.  Saya perhatikan masalah ini dapat diselesaikan dengan merendam benih terlebih dahulu.  Ada juga yang mengesyorkan supaya kulit benih dipecahkan dulu sebelum disemai.  Cara ini juga berkesan, cuma saya tak amalkan kerana bimbang benih akan rosak ketika kulit benih dipecahkan.   Gambar menunjukkan anak pokok ketumbar dari baka 506.


Ketumbar, Coriandrum sativum

Saya tidak mendapatkan stok baru kerana pada sangkaan saya stok simpanan dah banyak dan tidak mungkin akan habis dalam masa 2 tahun.  Rupa-rupanya benih habis terjual dalam masa 6 bulan sahaja.  Benih ketumbar lambat berbunga baka 506 hanya tinggal 10 pek sahaja.  Kalau mahu kena pesan cepat-cepat.  Stok baru, juga daripada jenis lambat berbunga, tapi baka yang berbeza iaitu Ketumbar Lambat Berbunga, Baka 502.  Kini ia ada dalam stok.  

Cili Kulai King 2889 juga telah habis stok.  Saya ingin perkenalkan cili baru iaitu Cili Abang, Baka 9000.  Buat masa ini hanya ada 5 pek.  Peria Top Form, cuma ada 5 pek.  Jika sila sms dan pesan segera.

Untuk benih kucai, harap bersabar hingga minggu depan.  Saya juga ingin perkenalkan sayur sawi pak choy baka baru.  Benih sawi ini dijual dengan harga tinggi sedikit.  Kata pembekal benih, sawi ini belum dijual di pasar, hanya dijual ke hotel 5 bintang dan preorder sahaja.  Bila mendengar penjelasannya, saya pun jadi teringin.   Bila dinyatakan harganya, terduduk juga tapi keinganan shopping mengatasi segalanya. :P  Benih tersebut akan dijual dengan harga biasa, dan terhad kepada 10 pek sahaja bagi setiap orang kerana jumlah yang terhad.  Kalau sawi ini benar2 sebagaimana yang diwarwarkan, mungkin saya akan stok banyak.  Harap bersabar hingga Jumaat depan.

Ya benih yang dipamerkan dalam panel kanan di dalam menu "Benih Untuk Dijual" semuanya ada dalam stok.
  

10 ulasan:

  1. En Is cili abg tu cili besar ke. Kalau cili besar simpan kan utk saya.Dan juga ketumbar satu pek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam..En.Is boleh simpan kan sy Ketumbar, Sawi Pak Choy (yg baru), Kuchai, Cili Abg 9000 (yg baru),Daun Sup (chinese celery)? Sy tggu stock benih yg akn dtg dikumpul skali dgn yg sedia ada hgga waktu pengeposan.Semua benih utk satu pek ya.Terima Kasih :D

      Padam
    2. Ok, saya simpankan untuk Kak Nor dan Norish NN. Benih ili Abang Baka 9000 dah habis stok. Untuk stok baru tunggu 2 minggu lagi.

      Padam
  2. Tuan, saya berminat dengan sawi pak choy baka baru yang tuanw warwarkan tu.. Simpankan saya jika benihnya dah ada :)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah saya akan simpankan. Kita akan namakan sawi tersebut, Sawi pak Choi Lima Bintang untuk membezakannya dengan sawi F1 yang lain.

      Padam
    2. gelak pulak saya baca nama sawi lima bintang ni.. hehe.. saya teringin jugak nak beli benih sawi ni tapi dah berpeket-peket beli tapi sehelai daun sawi pun belum dapat merasa. ntah di mana silapnya. jadi saya tengok je la kawan-kawan lain tanam dan tuai. tumpang gembira.

      Padam
    3. Bonda kepada shafirul suffian kena cuba lagi ni. Kalau turnip menjadi, sawi lagilah mudah. Tanah yang digunakan nampak ok, mungkin kaedah terbaik belum ditemui. Cuba gemburkan tanah dulu. :)

      Padam
  3. Nak mintak nasihat untuk menanam ketumbar:

    1. Berapa lama untuk merendam benih sebelum ditanam?

    2. Lebih baik untuk menuai terus ke tanah atau menanam benih dalam tanah?

    Terima kasih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada masalah TsuChong, kita boleh berkongsi pengalaman gardening melalui blog ini.

      1. Saya rendam bermalam, iaitu selama 12 jam. Gunakan air suam. Saya campurkan 1 cawan air panas dengan 2 cawan air pada suhu bilik. Ada yang syorkan supaya dipecahkan kulit terlebih dahulu. Saya belum cuba berbuat demikian.

      2. Ikut keadaan. Saya sendiri lebih gemar semai dalam bekas semaian dulu kerana ia lebih mudah diurus. Bila cambahan kukuh baru dialih ke tanah. Dari pemerhatian saya, boleh juga disemai terus ke tanah.

      Padam
  4. terima kasih! saya sedang cuba menanam ketumbar. akan update nanti.

    BalasPadam