Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 22 Disember 2012

Semaian Kobis Summer Autumn

Cambahan Kobis Summer Autumn pada hari ke 3 selepas disemai.
Kobis Summer Autumn adalah benih baru yang diterima dan diedarkan melalui tanamsendiri.com. Sukar juga nak dapatkan benih kobis yang tahan panas.  Lama saya pesan, kini baru menerimanya. Benih ini disemai dalam bekas yang dikenali sebagai Jiffy-7.  Ok juga, benih mula menunjukkan aktiviti percambahan pada hari pertama disemai.  Gambar ini diambil pada hari ke 3 selepas disemai.  Pokok dikatakan akan matang selepas 60 hari.  Kalau kena caranya, setiap kobis yang dihasilkan mampu mencecah sehingga 2 kg.  Benih amat terhad, kalau ingin tanam kobis yang membentuk jantung yang mampat, dapatkan benih ini dengan segera.



2 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Bolehkah menyemai benih di dalam sangkak telur? Dan kemudian dialihkan ke batas dengan sangkak telur itu sekali?

    BalasPadam