Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 23 Disember 2012

Semaian Bendi

Cambahan Bendi OP selepas 5 hari disemai.

Semaian bendi dari baka kampung (bendi OP) kali ini agak tinggi (leggy) kerana kekurangan cahaya.  Maklum sajalah, sekarang musim hujan, cuaca sentiasa redup.  Saya tak letak di tempat cerah kerana bimbang terkena hujan.  Walaupun begitu, apabila pokok kukuh nanti, masalah tersebut akan jadi semakin kurang ketara.  Cuma ketika cambahan masih kecil perlu berhati-hati kerana cambahan yang terlalu tinggi mudah patah.  

Bendi OP bercambah dalam masa 24 jam selepas direndam dalam air suam selama 4 jam.  Selain daripada benih bendi OP, tanamsendiri ada menyimpan beberapa jenis bendi yang lain.

Dapatkan Benih Bendi

2 ulasan:

  1. ermm...btl tu tn..skrg ni semaian menjadi tinggi sb x ada cahaya matahari,sama lh dgn saya,sawi,bendi,tinggi je..semaian timun lak bnyk dh mati sb batangnye mereput akibat tanah terlalu basah..kna cri alternatif lain utk keringkan tanah sedikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya perhatikan kalau letak semaian tempat yang udara mudah mengalir, kurang terkena reput batang. Satu lagi cara melawan kulat (reput batang) adalah dengan menggunakan serbuk penaik (soda bicarbonate) sebab ia boleh stabilkan pH. Ramuannya (sukatan) belum diuji sepenuhnya. Bila dah uji dan dapat sukatan ddengen kesan yang terbaik, saya akan postkan dalam blog.

      Padam