Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 31 Disember 2012

Semaian Bendi OP

Cambaban bendi kali ini tinggi dari yang sepatutnya.  Mungkin sebab musim hujan, tempat letak cambahan agak redup.  Tapi tak perlu risau sangat, bila alih ke tanah nanti ia akan pulih.  Cuma sewaktu mengalih kena hati-hati sebab kalau cambahan terlalu tinggi mudah patah. Cambahan ini dah sedia untuk dialih.  Sebelum dialih, cambahan elok diletak di tempat padas dalam 2 jam sehari untuk proses pengukuhan.



Cambahan bendi sedia untuk dialih.


Saya juga dah dapat satu lagi benih bendi dari baka berbuah lebat.  Bendi emas yang dikenalkan sebelum ini mempunyai kulit berbulu halus seperti baldu.  Baka baru ini buah berkulit licin. 

2 ulasan:

  1. en.is nak tanya.....kalau semaian yang kita semai dalam kotak semaian dah keluar 2 helai daun tetapi patah batang dia. Agak2 boleh hidup lagi tak...ke memang wassalam dah?

    Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau patah tapi bahagian kulit tak pecah, biasanya ia layu sekejap. Lepas dalam 2 hari pokok akan segar semula, bila bahagian yang patah dah pulih.

      Padam