![]() |
Benih bendi OP yang telah direndam selama 12 jam. Tanda percambahan kelihatan. |
TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Jumaat, 14 Disember 2012
Semaian Baru -- Cambahan Bendi
Semalam mula rendam 120 biji bendi, untuk disemai di ruang depan rumah. Sasaran saya 100 pokok bendi baru dari baka kampung (OP). Ada terima benih bendi baru, baka buah lebat dengan kulit yang licin, tapi belum semai lagi. Bendi emas masih galak berbuah. Tiba masa untuk belajar preserve bendi supaya tahan lama.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
En Is, perlu ke benih bendi emas direndam selama 12 jam juga sebelum disemai. Rendam dgn air biasa je ke...
BalasPadamJika tak direndam, benih bercambaha antara 5 hingga 14 hari. Jadi saiz pokok nanti tak seragam kerana waktu percambahan yang berbeza. Jika direndam, selepas 12 jam dan ada tunas akar keluar. Bila disemai, semua bercambah keesokan harinya. Jadi, benih bercambah 3 hari lebih cepat dan saiz pokok seragam.
BalasPadamSeeloknya guna air suam. Saya campurkan 1 cawan air panas dengan 1 cawan air suhu bilik. Rendam antara 4 hingga 12 jam. Jangan rendam melebihi 1 hari kerana benih akan lemas dan mati.