Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 4 Disember 2012

Resepi -- Daun Bayam Celup Tepung

Bayam celup tepung, enak kalau cicah sos cili atau cuka keropok.  Kena pula dengan kopi.  Mmmmm....


Bayam celup tepung adalah antara sayur celup tepung yang popular zaman saya belajar dulu.  Zaman itu, 5 keping dengan cuka keropok, harganya 5 sen. Coke satu botol, 15 sen.  Waktu itu pun rakyat bising tentang inflasi.  Good ol days.  Apa-apa pun bayam celup tepung memang enak.

Kena pula sekarang musim hujan.  Bayam tumbuh segar dan daun cukup besar.  Jom, sama-sama kita masa bayam celup tepung untuk minum petang hari ni.  Ramuan untuk kerak mudah aja persediaannya, cuma sukatan air biar betul untuk pastikan tepung celup tepung lekat elok pada daun bayam.


Daun bayam yang besar dan segar enak dibuat bayam celup tepung.


Hidangan untuk 4 orang.



Bahan-bahan
20 hingga 30 helai daun bayam
2 cawan tepung beras
3/4 cawan tepung jagung
2 sudu makan jintan manis
2 susu makan air kapur
1 biji telur
1 sudu the garam
1/4 sudu the serbuk kunyit
3 cawan air
2 cawan minyak untuk menggoreng.

Cara-cara
1.  Campurkan tepung beras, tepung jagung, jintan manis, kunyit  dan garam.  Gaul hingga sebati.
2.  Masukkan  air, air kapur, dan telur.  Kacau hingga sebati dan tidak berketul.
3.  Panaskan minyak di dalam kuali.
4.  Celupkan daun bayam satu persatu dan masukkan dalam minyak panas.  Pastikan setiap daun terasing dan tidak terlekat sesame sendiri.
5.  Goreng sehingga kekuningan dengan api sederhana (lebih kurang 1 – 2 minit). 


Goreng ketika minyak panas supaya tepung tidak bengkak minyak.



Hidangan
Hidangkan ketika masih panas bersama sos cili atau cuka keropok terengganu.
 

Hidangan untuk minum petang, bayam celup tepung dan kopi kiriman sahabat blogger, Puteri Purnama.... Mmmmm....


Belum tanam bayam?  Boleh dapatkan benih sekarang.  Mudah aja tanam bayam.
Bayam Hijau Daun Tajam, baka f1 088
Bayam Merah 788, Autumn
Bayam Merah, Fiery Red
Bayam Putih Daun Bulat, Baka F1 423

11 ulasan:

  1. agak nya sesuai tk bayam malabar goreng mcm ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba. Kalau ikutkan rasa, mungkin berbeza tapi sedap tetap sedap. :) InsyaAllah akan dicuba. nadia pun boleh cuba. :)

      Padam
  2. kalau bendi dgn terung pun sedap celup tepung mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bendi dan terung saya dah cuba, memang sedap.

      Padam
  3. bayam dari jenis mana ni sifu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bayam Putih Daun Bulat. Dari koleksi bayam tanamsendiri, bayam ini paling cepat bercambah dan membesar... dan paling cepat membiak sendiri. :) Rasa pun enak.

      Bayam Autumn belum disemai. Tadi pembekal dah mesej, satu lagi jenis bayam yang saya pesan lamaaaaaa dulu baru diterima. Tak sabar nak menyemai beberapa koleksi bayam.

      Padam
  4. kalau di Cameron & Fraser Hill, segala jenis sayur & buah byk digoreng mcm ni.. best mkn panas2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, saya tak tahu. Ingatkan orang Terengganu aja buat macam ni.

      Padam
  5. insyaallah petang ni nak buat...dah kopipes resepi en is ni...terima kasih byk2 ye...

    BalasPadam