![]() |
Ayam Goreng Buffalo Wing |
16 kepak ayam
2 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang merah dihiris
2 sudu besar sos BBQ
2 sudu besar sos worscestershire
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili thai (kurangkan jika tidak suka pedas)
1 cawan minyak masak untuk menggoreng
Cara Membuat
- Sayap ayam dipotong dua, iaitu pada bahagian sendi.
- Buang bahagian depan yang tajam. Basuh dan toskan sayap ayam.
- Panaskan minyak masak.
- Goreng kepak ayam sehingga garing pada kedua-dua belah lebih kurang 3 hingga 4 minit di setiap belah.
- Angkat dan toskan.
- Untuk sos, panaskan 2 sudu minyak masak.
- Tumis bawang putih selama 30 saat.
- Masukkan bawang merah dan tumis selama 1 minit lagi.
- Kecilkan api, masukkan sos tomato, sos cili thai, sos BBQ dan sos Worscteshire. Kacau hingga rata.
- Masukkan kepak ayam dan kacau hingga rata.
- Angkat dan hidangkan ketika masih panas.
Terima kasih.Anak bongsu saya pasti suka kepak ayam dimasak seperti ini
BalasPadamSama-sama. :)
PadamMmm..sedapnya.Boleh di cuba resepi ni. Tp kn di mana sy boleh cari sos Worscteshire ni ya En.Is?
BalasPadamBiasanya pasaraya dan kedai makanan beku ada jual sos tersebut.
Padamwakk nampk sedap makkk.. uuuHHuu
BalasPadamPerut dah berbunyi dah ni.. Hehehe :)..
BalasPadamTerima kasih tuan :)
Nanti balik kerja singgah di pasar. Beli kepak ayam banyak-banyak. Balik umah memasak.
Padam