Alhamdulillah. Walaupun selepas dipetik, ranting ini tetap lebat, dengan putik baru menggantikan buah ranum. Mulberi yang disemai menggunakan keratan mengeluarkan putik sebaik sahaja ia tumbuh. Bila akar dah settle dalam 3 hingga 6 bulan, ia akan berbuah tak putus putus. Yang perlu, suap dengan baja organik, siram selalu dan ketika semai, semai tempat cerah, cahaya matahari sepenuhnya. Kalau semai tempat teduh, pokok bercambah sekejap, kemudian mati.
Mulberi, lebat. |
Wahh.. Terliur pula tgk buah mulberi ni.. Hehehe :)..
BalasPadamSedang perfectkan resepi jem mulberi.
PadamSedap kalau buat jem ni.
BalasPadamp.s: saya baru perasan buku en. Is di Venton publising (2007) tentang google blogspot. =)
As salam tuan,
BalasPadamMulberi ni sesuai tak kalau dibuat jus spt strawberi?
Boleh, dan gula kena lebih.
Padamen.iskandar, ada benih tak?
BalasPadamBenih sangat halus, saya tak ambil. Lebih mudah guna keratan.
Padamok..keratan dengan benih boleh campur tak?cth sy nak ambil keratan mulberi 2 dan lagi 3 biji benih lain dari blog en.is..
BalasPadamYa boleh.
Padamsalam, macam mane nak buang kutu daun (bena putih) di dalam buah mulberi..saya terpaksa potong buah tu kepda ketulan kecil2 untuk buang kutu di dalam nya...terima kasih
BalasPadamGuna semburan sebagaimana posting berikut.
Padamhttp://www.tanamsendiri.com/2011/12/semburan-makhluk-perosak.html