Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 20 Disember 2012

Mengendali Tanah Secara Organik, Bahagian 14 Daripada 26


Air Dalam Tanah
Tanah mesti mengandungi air yang cukup.  Maksud saya, tanah perlu lembap.  Ia bukan sahaja diperlukan oleh tanaman, malah hidupan lain yang ada di dalam tanah.  Bagaimanapun, tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan tanah ‘mati’.

Kadang tanah yang kita kerjakan menakung air.  Ini sebenarnya bukan menandakan kawasan tersebut mengandungi air yang cukup.  Ia mungkin kerana tanah tidak mempunyai ruang untuk menyimpan air, jadi air yang disiram (atau air hujan) gagal meresap ke dalam tanah.  Jadi, ia bertakung di permukaan tanah.

Satu daripada cara untuk mengekalkan kelembapan tanah adalah dengan melutup permukaan tanah dengan sungkup.  Daun reput atau keratan daun/jerami boleh dijadikan sungkup organik.  

4 ulasan:

  1. Seronok membaca tips2 yang disediakan. Semoga Allah melimpah ruahkan rezeki dariNya dengan keikhlasan tanamsendiri dengan berkongsi ilmu. Insya'allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih AbbotCottage kerana doakan untuk kami. Amin.

      Padam
  2. sekarang ni musim hujan sifu...saya terpaksa pindah tanah saya ke dalam bekas,sb tanah saya ni sedang menjalani rawatan..takut nt tanah mati mcm sifu nyatakan..aaya menutup tanah ni dgn guni yg di tebuk agar ada udara blh mengalir dan untk mengelak dri terkena air hujan lg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sini pun hujan setiap hari. Rumapai naik dengan cepat. Baja bercuma tu. Boleh dikompos tapi mesti potong sebellum berbunga/menghasilkan benih. Kalau lewat potong, kompos jadi sumber rumpai membiak sebab ada benih di dalamnya.

      Padam