Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 19 Disember 2012

Mengendali Tanah secara Organik, Bahagian 13 Daripada 26

Udara Dalam Tanah
Pengudaraan di dalam tanah adalah sumber hayat tanah.  Tanah yang mengandungi udara ‘hidup’ kerana akar dan organisma yang memanfaatkan tanaman perlukan udara, terutamanya oksigen.

Tanah yang gembur serta mengandungi banyak ketulan atau gumpalan mengandungi banyak udara kerana ada ruang kosong.  Anda boleh bekalkan udara dengan membaiki struktur tanah, menambah bahan organik, menggembur dengan berpada-pada, serta menanam tanaman yang membaiki mutu tanah.

Saya perhatikan, sayur yang ditanam menggunakan tanah yang kurang udara mempunyai pertumbuhan yang amat perlahan.  Jika tanaman terbantut, baiki struktur tanah supaya dapat menyimpan lebih banyak udara. 

2 ulasan:

  1. maksud sifu,menanam dgn tanaman yg mbaiki mutu tanah..tanaman jenis mcm mana tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada tanaman yang ditanam dengan tujuan untuk menutup permukaan bumi (mengelakkan daripada topsoil terhakis), memecahkan serta menyedut nutrient daripada subsoil dan mengalih ke topsoil melalui proses mereputan (mmelalui daun mati). Laluan akar pokok tersebut menghasilkan ruang udara apabila pokok mati. Saya pilih pokok yang akarnya dalam serta mempunyai keupayaan untuk mengikat nitrogen.
      Misalnya pokok halba (daunnya boleh dibuat perisa/herba) dan pokok bunga telang.

      Padam