Tanah yang idea mengandungi pelbagai organisma yang
memanfaatkan tanaman, misalnya cacing tanah dan bakteria pengikat nitrogen. Malangnya organisma ini kadang-kadang tiada
dalam tanah. Ini mungkin kerana tanah
tidak sesuai, atau ada sebab lain. Kalau
tambah organisma tersebut sekalipun, ia akan mati tidak lama kemudian.
Jadi anda perlu baiki struktur tanah, tambah baja organik, gaul
daun reput, gemburkan tanah supaya ada udara, siram dan sebagainya. Selepas seketika anda akan nampak ada berlaku
aktiviti kehidupan di dalam tanah. Tanah
akan mula ‘hidup’.
Cacing tanah gemarkan pH yang hampir neutral iaitu sekitar
6.5, cahaya dan tanah yang poros, lembap dengan saliran yang elok. Litup permukaan dengan sungkup rumpai yang
telah dipotong atau daun reput untuk membekalkan makan kepada hidupan di dalam
tanah.
Tiada ulasan:
Catat Komen