Penggemburan Tanah
Penggemburan tanah yang saya maksudkan adalah aktiviti menyangkul, membajak serta aktiviti mengerjakan tanah yang lain. Aktiviti tersebut sudah pasti ada kebaikannya, kalau tidak masakan petani mengamalnya. Bagaimanapun aktiviti tersebut ada juga keburukannya, terutamanya jika kita amalkan penanaman secara organik.
Kebaikan
Lazimnya tanah terlalu padat dan sukar untuk akar memecah masuk. Dengan aktiviti menggebur, ia memudahkan pertumbuhan akar. Apabila sistem akar kukuh, pokok akan tumbuh dengan galak dan subur. Ya sudah tentu pokok masih perlukan nutrien, air dan udara. Aktiviti penggemburan tanah juga menyediakan ruang udara, air serta memecahkan mineral dan nutrien. Dengan adanya ruang tersebut, udara dan air mudah masuk. Nutrien juga mudah dilarutkan oleh air dan sedia untuk diserap oleh tanaman melalui akarnya.
Penggemburan tanah juga membantu memudahkan proses membaja kerana baja akan dibenam dalam lapisan yang digemburkan. Bayangkan kalau lapisan kematu tidak dipecahkan. baja akan hanya terkumpul di atas lapisan tersebut.
Aktiviti menggembur juga memecahkan serta menimbus rumpai serta tumbuhan lain yang pereputannya mampi menaikkan mutu tanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan