Jika tanah mampat dan tidak mengandungi
udara, pertumbuhan akar akan terbantut.
Dari bacaan saya, ada yang mengatakan pertumbahan akar terbantut
sehingga 90%.
Dengan memampatkan tanah, anda telah
mengurangkan kandungan oksigen di dalam tanah.
Jadi, bukan sahaja akar tidak dapat udara, aktiviti organisma juga
terbantut kerana organisma aerobik perlukan oksigen untuk respirasi. Respirasi adalah aktiviti yang berkait dengan
pernafasan.
Perlu diingatkan, struktur tanah yang sihat
perlukan masa terhasil, jangan bazirkan dengan memampatkan tanah.
Berikut adalah panduan untuk kurangkan
berlaku pemampatan tanah.
1. Kurangkan memijak kawasan menanam. Jika perlu, alas papan sebelum memijak untuk
sebarkan berat badan. Ini akan
mengurangkan tekanan pada satu bahagian tanah.
2. Pastikan
tiada kenderaan lalu di atas tanah yang mengandungi tanaman atau tapak
semaian. Seeloknya bina laluan khas.
3. Jika ingin
menggembur, gunakan cangkul dan jangan pijak tanah yang telah dicangkul. Pergerakan ketika menyangkul adalah secara
undur. Elakkan penggunaan mesin pembajak
sorong secara berlebihan. Dari
pengalaman saya, sebaik sahaja mesin bajak menggembur tanah, kita memijak tanah
tersebut kerana mesin gembur bergerak ke depan.
Aktiviti membajak juga memecahkan struktur tanah yang elok terbentuk
hasil daripada aktiviti hidupan di dalam tanah.
Kesan ini lebih teruk jika membajak ketika tanah basah.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Komen