Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 17 Disember 2012

Makhluk Perosak -- Lalat Putih

Musim serangan kekabuh timun dah habis.  Nampaknya bolehlah keluarkan benih timun dan semai.    InsyaAllah, akhir Januari nanti dapatlah makan timun yang segar.  Daun tomato kelihatan menggerutu.  Apabila diperhatikan, ia telah diserang lalat putih.  Larva lalat putih menghasilkan benang yang halus berwarna putih.  Masalah ini dapat diatasi dengan menyembur larutan pencuci pinggan dan minyak masak.   

Jika terkena serangan lalat putih, lakukan semburan setiap pagi selama 3 hingga 5 hari.  Lalat putih akan perpindah dari laman jika terkena semburan selama beberapa hari.  Ia mungkin akan kembali dalam masa 2 atau 3 minggu lagi.  Ketika itu, ia tetap akan disembur lagi.



Daun tomato diserang larva lalat putih.

2 ulasan:

  1. en is, kalau kita sembur pada pokok yang diserang tu nnti adakah serangga ni akan pindah ke pokok lain? pokok cili saya pun byk kena serangan serangga ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serangga dan larvanya yang terkena semburan akan mati. Yang sempat terbang mungkin akan terbang kepokok lain. Semburan adalah terus ke atas serangga. Oleh kerana lalat putih suka menyorok di bawah daun, belek daun dan sembur. Kemudia buru juga di pokok yang berdekatan. Dari pengalaman saya kalau sembur 3 hari berturut turut, lalat putih tiada lagi. Kalau ada pun 2 minggu kemudian. Contohnya pada pokok di atas, tiada lagi lalat putih hingga sekarang.

      Padam