Patch jagung bersaiz 2m X 2m ditanam 36 pokok jagung dengan rapat dan diselang seli dengan kacang tanah. Memang betul-betul intensif. Alhamdulillah, dah hampir 2 bulan buah dah hampir sedia untuk dituai. Benih baka F1 dari jenis Silver Strike, Sweet Melody, Jagung Manis Isi Putih dan Top Star. Semua menjadi dan matang bila mencecah 60 hari.
Selain daripada buah, bahagian lain pokok jagung manis berguna. Batangnya dikeringkan, dikerat sepanjang 4 inci boleh dijadikan kayu pembilang untuk anak-anak belajar mengira. Kalau dikerat panjang sedikit, boleh dibuat pen khat. Daunnya pula boleh dijadikan pembalut makanan, misalnya dibuat pembungkus otak-otak kerana bila tanam sendiri, kita tak guna racun.
Lebihan pokok juga boleh dijadikan kompos yang berkualiti tinggi. Hebat, si jagung manis.




ini patch depan rumah en.is kan?....wow kagum tengok.
BalasPadamEn.is semai dari benih dan transfer ke tanah atau en.is tabur je benih jagung ke tanah?
Ya, patch depan rumah. Benih disemai dalam bekas semaian dulu. Bila dah ada 3 helai daun baru alih, iaitu dalam 10 hari lepas semai.
PadamBoleh tiru keintensifannya
BalasPadamPasti boleh. Bila ruang terhad, kita kena lebih extreme.
PadamBetul..daun jagung blh dijadikan pembalut makanan.bg contoh di mexico terdapat sejenis makanan yg dinamakan tamale,diperbuat drpd corn meal.ianya dibalut dgn daun jagung dan dimasak spt lepat.
BalasPadamTamale, dah hampir 30 tahun tak makan. :)
Padam