Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 9 Disember 2012

Gambar Hari Ini -- Salad Cina

Salad Cina, dah lama sedia untuk dialih.
Sya perhatikan cambahan salad cina, kalau nak pertumbuhan yang cepat perlu dialih.  Patch ni belum di jarangkan atau dialih.  Rumpai pun dah mula cuba cuba tumbuh.  Adabahagian dah dijarangkan oleh siput babi.  Mujurlah belalang tak kacau.  Nanti bila ada masa terluang, anak salad cina ini akan dialih ke dalam pasu.  Seronok tanam salad cina.  Rasanya pahit pahit manis.  Kalau nak kurangkan pahit, sebelum dituai, alih pokok ke tempat teduh, dalam satu minggu.  Sebab itu saya gemar tanam pokok ni dalam pasu -- mudahalih.  Kalau terus biarkan atas tanah pun tak mengapa.  Seminggu sebelum tuai, tutup dengan sungkup supaya terima kurang cahaya.

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ini kali pertama saya dengar nama pokok bunian. Saya tak pasti samada ia pokok yang sama.

      Padam
  2. en. is kangkung yg daun lebar tu ada jual benih tak? yang saya beli dari en. is dah tanam daunnyer halus jer, jiran saya cakap jenis kangkung buluh, betol ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti. Benih saya jual baka Siam. Ia tahan penyakit. Yang daun lebar, mungkin jenis paya. Saya tak pasti.

      Padam
  3. hmm...nak tanya sikit ni ada,tak lagi benih cili trinidad moruga scorpion?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada. Benih dah habis. Bila ada saya akan beritahu melalui blog.

      Padam