![]() |
Bunga betina pokok betina. |
Kira-kira seminggu hingga 2 minggu selepas bunga jantan muncul, bunga betina mula kelihatan. Bunga betina keluar daripada bahagian sisi batang. Bahagian stigmanya kelihatan seperti bulu yang tebal. Ketika ini agak kritikal untuk penghasilan buah yang bermutu. Jika hanya sebahagian daripada ovum (benih) didebunga, buah jagung yang terhasil mempunyai isi yang jarang atau "rongak".
oh, itu ke punca adanya buah jagung yang rongak? baru kini saya tahu. terima kasih atas ilmu, tuan
BalasPadamSama-sama.
PadamSedihla tgk pokok Jagung saya, mcm x menjadi jer...
BalasPadamKalau nampak pertumbuhan agak perlahan, cuba suap dengan baja organik. Boleh juga larutkan satu sudu baja urea dalam 10 liter air dan siram setiap 2 sehingga pokok menunjukkan pertumbuhan yang diharapkan. Tapi yang paling utama, pastikan pokok jagung mendapat cahaya sepenuhnya.
PadamPokok jagung yang saya tnm kali kedua ada yg subur dan tinggi. Ada juga yg naik tinggi sikit drp rmuput biarpun tanah dan baka jagung yg sama.
BalasPadamMungkin tanah dah kurang baja. Suap dengan baja organik atau kompos dengan kuantiti yang banyak.
PadamEn Is, tumpang tanya. Untuk pastikan dpt isi yg padat, buat pendebungaan manual ker? waktu mana yg paling sesuai?
BalasPadamBiasanya pendebungaan jagung berlaku dalam kehadiran angin. Kalau ingin lakukannya secara manual pun boleh. Lakukan ketika buku jagung dari pokok betina mula keluar.
Padam