![]() |
Bendi dari baka bendi emas. |
Untuk pengetahuan rakan-rakan, saya juga ada menerima benih bendi dari baka yang berbuah lebat. Buah dari baka yang baru ini sama lebat dengan bendi emas, cuna kulitnya lebih licin, tidak berbaldu seperti bendi emas. Sekarang saya perlu uji cambah benih terlebih dahulu. InsyaAllah saya akan beritahu melalui blog apabila benih ini sedia untuk diedarkan.
Buat masa ini saya menanam 10 pokok bendi yang saya tuai setiap dua hari. Setiap kali tuai, saya dapat kumpul sehingga 35 buah bendi. Banyak tu. Jadi untuk hilangkan rasa bosan, saya cuba berbagai masakan.
Memasak bendi tak cerewet, dan ia enak dimakan. Berkhasiat pula tu. Cuma yang lecehnya, pokok bendi mempunyai bulu halus yang boleh menyebabkan rasa gatal jika tersentuh. Jika menuai buah bendi, elok pakai baju lengan panjang dan sarung tangan kain untuk mengelakkan kulit daripada terkena bulu halus pada batang dan daun bendi.
Buah bendi emas pertama saya tak boleh dimakan kerana dah keras padahal saiznya tak sampai sejengkal.. Kena tuai cepat ni kan..
BalasPadamYa, kena tuai cepat.
BalasPadampertama kali semai bendi emas dalam bekas mineral water yg dipotong jadi self-watering, tak berjaya. 2 minggu tunggu tak naik2.. kemudian saya cuba dengan tanah yang lain. puff - 3 hari dah bercambah. memang tanah memainkan peranan
BalasPadamsaya gunakan peat pot utk setiap tanaman sama ada bendi ataupon sayuran lain, senang sebab peratusan cambahan adalah tinggi dan lebih cepat dari guna tanah.
Padambendi emas saya 1-2 hari dah bercambah dalam 1 - 1.5 inci tinggi
peat pot ni saya beli di Ace Hardware.
cantiknyer...saya punya bendi baru naik daun ketiga dan keempat.... bila nak buah yer
BalasPadamPokok bendi singa tinggi tak En Is, atau pun sama dengan bendi emas.
BalasPadamSaya tlg jwb utk tuan Is. Bendi singa yg saya tnm skrg dh lbh 180cm dn masih berbuah dgn lebat. Ia blh dipangkas jika tak nak ia meninggi.
PadamAs salam tuan,
BalasPadamSaya tnm bendi singa dn bendi emas. Saya lbh suka bendi singa sbb pkk lbh thn penyakit dn cpt membesar, buahnya lbt dan besar. Bendi emas pulak pembesaran agak lambat, buahnya kecil biarpun byk.
Dua dua ada kelebihannya. Saya ada beberapa baka yang lain yang belum ditonjolkan dalam blog. Tunggu habis cycle bendi emas, saya akan perkenalkan baka yang baru.
PadamBuah bendi saya diserang semut yang bersarang dalam tanah sekitar pokok tersebut. Apa nak buat pada semut-semut tersebut?
BalasPadamCuba tabur serbuk cengkih atau serbuk kayu manis (cinnamon).
Padam