Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 14 Disember 2012

Dah lama Tak Semai Kobis

Awal tahun dulu, bila saya sebut aja idea untuk tanam kobis di rumah, kebanyakan pembekal benih akan mematahkan idea tersebut.  Tak jadi kalau tanam di tanah rendah.  Saya tanya, kalau semai tumbuh tak?  Kalau tumbuh, bagi benih satu pek kecil dulu.  Nak cuba.

Bila buka aja pek benih, ada 6 hingga 8 biji benih sahaja dijual dengan harga RM3 satu pek.  "Mahalnya..." saya merungut.

"Mestilah, ini kobis.  Harga lebih mahal daripada sawi." 
  
Rakan-rakan  pasti ingat gambar yang saya pernah letak, sebagaimana berikut.


Kobis dalam bekas.  Kobis jenis tanah tinggi, daun tak tertutup kalau ditanam di rumah.  Gambar posting 7 Februari, 2012.


Kobis dalam bekas, posting 23 Mac, 2012.  Walaupun tak tertutup, isinya tetap enak. 

Kobis tersebut tidak membentuk jantung kerana kobis sepatutnya ditanam di tempat sejuk.  Kalau panas daunnya tidak tertutup.  Tak kisahlah, asal menjadi.

Walaupun nampak seperti liat, sebenarnya tidak langsung.  Isinya meaty dan sangat enak.  Inilah kelebihan kalau tanamsendiri.  Tuaian segar dan sayur pasaraya tak akan dapat melawan keenakan sayur tanamsendiri.  

Walaupun saya beli dengan harga yang mahal, bila rakan-rakan minta beli, saya jual juga, hmmmm.... dengan harga yang lebih rendah daripada harga beli.  Tak apalah sebab niat saya ketika itu nak berkongsi.  Lagipun banyak juga yang saya pelajari hasil daripada pengalaman rakan-rakan menyemai kobis ketika itu.  Lagipun, harga tersebut diimbangi dengan benih lain, jadi saya tak rugi.

Oleh kerana rasanya yang enak, saya minta pek besar daripada pembekal benih.  Malangnya dia tak mahu jual kerana katanya benih tersebut hanya sesuai untuk tanah tinggi atau tempat yang ada musim sejuk, dan pastinya di lembah Kelang tak ada salji.  Ok, nanti bila lembah Kelang bersalji saya datang lagi.  Itu pesan saya kepada pembekal tersebut.

Dua minggu lepas saya menerima satu batch kobis merah (Sunny Side), bunga kobis flocoli (Green Harmony), dan kobis tahan panas (Summer Autumn) yang dah lama saya pesan. Memang betullah mahal, walaupun diibeli dengan kuantiti yang banyak.  Tiga benih tak sampai 500g mencecah 4 angka harganya.  Tapi tak apalah, puas hati sebab kali ni benih sesuai untuk rumah yang tak ada "salji".  Lagi pun dapat beri peluang kepada rakan-rakan untuk tanam kobis yang tahan panas.  Kalau nak beli sendiri tanpa berkongsi, rasanya tak berbaloi kecuali kalau ada kebun yang luas.  Kalau setakat tanam di rumah tak kan nak berbelanja sebanyak itu untuk satu jenis benih kobis.

Besok, saya akan semai benih 3 jenis brassica yang dah lama ditunggu, yang mampu membentuk jantung.  InsyaAllah enam puluh hari lagi dapat makan kobis yang segar. Mmmmm... tak sabar.

Ya, benih masih ada lagi, walaupun lebih daripada separuh dah terjual.  Jangan tunggu lama, kalau habis, tak tahu bila lagi boleh dapat benih ni.




6 ulasan:

  1. Tuan, tiada hasrat nak hasilkan sendiri biji benih kobis itu tak? Bagus juga kalau dapat baka heirloom.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadangkala ada juga terlintas nak buat. Apalagi harganya yang sangat tinggi.

      Padam
  2. Hehe... Saya masih menunggu ketibaan benih-benih diatas untuk diuji..

    X sabarnya saya :)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah kiriman akan diterima dalam masa yang terdekat. Ia telah dikirim 2 hari yang lepas.
      Sebenarnya saya pun tak sabar menunggu benih bercambah. Dari pengalaman yang lalu, kobis tanam sendiri amat enak. Ada sweet after afterstaste. Mungkin sebab tanaman dituai dan dimasak terus. Segar pada tahap maksima. :)

      Padam
  3. patut ler sifu..kobis sya ni dh lama rasanye sya tanam tp x berbentuk jantung..kobis sya ni mcm dalam gmbr tn ni..bru sya teringt dgn kobis umah mak mertua..kobis dia berbentuk jantung sma dgn yg di jual di pasaraya sb rumah ibu mertua sya di gua musang..kat sana mmang iklim dia sejuk berbanding dgn rumah sya di tanah merah ni..tp skrg ni musim hujan mngkin sejuk sikit..hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benih Summer Autumn tahan panas. Boleh cuba benih ni. Saya sendiri pun baru semai. :)

      Padam