Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 16 Disember 2012

Cara Menghindar Kucing Daripada Merosakkan Tanaman


Saya ada bincangkan beberapa cara untuk menghindari kucing daripada membuat "jamban" di kawasan semaian.  Ada yang bertanya, kalau tiada dawai mata punai, ada tak cara lain?

Kita boleh gunakan cara yang sama, cuma gantikan dawai mata punai dengan bahan yang lain, misalnya, saya gunakan ranting kering untuk menggantikan dawai mata punai.  Patch kosmos ini beberapa kali rosak akibat diganggu kucing.  Selepas membersihkan patch tersebut, kami rentang dengan ranting kering sebagaimana dalam gambar.  Kucing tidak lagi mengganggu patch ini kerana sukar nak menggali.  Pokok pun dah mula membesar.


Bila patch dah dipenuhi tanaman nanti, ranting kayu boleh dikeluarkan.

Ranting kayu digunakan untuk menghalang kucing daripada menggali dan mencakar kawasan tanaman.

16 ulasan:

  1. Ya masalah yg berlarutan sejak sekian lama :(....kucing kencing pada pokok pokok sayur yg di tanam di laman rumah.....cara saya hanyalah menyembur air jika terserempak.Geram sebab baunya sungguh tk tertahan dan pokok pokok tanaman tk dpt di makan...mmg kami geli


    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dikencing siapa tergamak jadikan makanan. Biasanya kami cabut buang dan usahakan supaya kucing tak ganggu lagi. Dulu saya pernah terjumpa patung kucing hutan yang disembur bau kencing kucing hutan. Bau tersebut pasti akan menakutkan kucing taman. Ada juga yang jual bulu anjing garang/serigala dibungkus dalam punjut, tapi lazimnya orang Islam tak tergamak nak guna kerana masalah najis mughallazah. The idea adalah untuk timbulkan rasa gerun pada kucing taman.

      Padam
  2. boleh cuba cara ni pulak...kucing liar kt umah sy tamadun skit..diorg tak buat jamban..tp tempat tido...elok sy rentang jaring hitam nak elak panas pada sawi..kucing pulak dtg buat tempat tido...sedap je tido...abis sawi penyek

    BalasPadam
  3. paling tak tahan kalau kucinng bergaduh nak em em, habis semuanya dilanggarnya hadoi hadoi... rasa nak dush dush jer encik kucing ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hidayah Salim, bukan kucing aja macam tu.

      Padam
  4. Boleh cuba cat repellent. Cari kat daiso. Baunya mcm serbuk kayu terbakar. Setakat ni kucing2 x membuang and kencing dah kat pokok. Tapi xtau laa kot kot2 depa dah imune dgn bau. Cat repellent blh tahan 2 bln

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih zamzurina zulkafli. maklumat yang berguna.

      Padam
    2. bagus tu .. murah jer kan rm5.

      Padam
    3. waa... xtau pn cat pn ada repellent. nk kne cri ni. dh xtahan ngan pe'el kucing2 jiran. nk di bantai orng len pnya kucing. yg kucing ni pn, umh tuan dia dia xnk m'buang, kt umh kita gak dia selesa nk tbur bja, huh!

      Padam
  5. kucing ni mahkluk istimewa, Tuhan bagi akal lebih sikit... kita buat cara begini, dia ganti cara begitu... memang masalah dgn kucing lambat nak selesai... bersabar je la... :)

    BalasPadam
  6. tuan, mcmnne nk buat ngn tanah yg dh t'cemar ngn hasil buangan kucing ni? sy tgk taik dia ni mengundang pembiakan siput halus2 tu. sy riso siput2 ni akn menggangu pokok2 sy kelak...adoiii...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanah tersebut perlu dibuang. Najis kucing ada patogen. Bahaya terutamanya pada ibu mengandung.

      Padam
  7. Petua nak elak kucing memberut (berak) - kakak saya tabur serbuk kari. kucing tak suka bau serbuk kari. Serbuk cili pun ok. Saya pernah try, kucing surrender tapi bila serbuk tu hilang kenelah letak balik.

    BalasPadam
  8. Salam En Is,

    Terbaca tentang sejenis tanaman penghalau kucing “Scaredy Cat (coleus canina)" atau "Rue (Ruta Graveolens)".so nak tanya En Is tak boleh tolong supplykan pokok ni jugak ke? :)

    Selain tu,ada dicadangkan minyak pati rosemary(sembur area tanaman),serbuk kopi(tabur-tabur kat area tanaman/dlm bekas tanaman) dan larutan citrus(lemon/limau nipis dan seangkatan)..tak tahu yang mana satu berkesan tapi maybe boleh sama2 cuba.

    BalasPadam