TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Sabtu, 1 Disember 2012
Buku Mudahnya Tanam Bendi
Alhamdulillah skrip serta grafik untuk buku bertajuk Mudahnya Tanam Bendi telah siap. Buku ini adalah antara buku dalam siri Mudahnya Menanam. Buku ini mengandungi maklumat tentang bendi termasuk cara menanam, penjagaan, masalah serta penyelesaian, cara menuai, serta cara mengawet buah. Kandungan buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sekeluarga menanam bendi di rumah. Buku akan berada di pasaran tidak lama lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BERMINAT JGK....BRP HRG NYE??? KAT KEDAI MANA NAK DPT KAN...
BalasPadamTQ
InsyaAllah Januari akan masuk pasaran.
PadamKena tunggu ni :)
PadamDan kena sabar, :) Saya dah menyangkutkan diri semula dengan penulisan buku teks.
PadamTuan, apa bezanya ye dgn buku yg patut dilancarkan baru-baru ni?
BalasPadamYang patut dilancarkan baru baru ini terdiri daripada kompilasi dan ulasan posting tanamsendiri (Tanamsendiri versi buku, jilid 1 hingga 6) dan Siri Jom Tanam (mengandungi cara tanam hingga memasak). Siri Jom Tanam dan Siri Mudahnya Menanam mempunyai approach yang berbeza, sebab Siri Jom Tanam fokus pada organic gardening. Siri Mudahnya Menanam tidak terhad kepada organic gardening, tapi masih untuk home gardener.
PadamSaya sokong buku en. Is. Kena perbanyakkan buku berkualiti kerana terbitan Sinergi Media serius tak da kualiti.
PadamCabaran ni. Satu sebab saya tak lambat submit skrip ialah sebab merasakan buku saya belum sampai ke tahap yang saya impikan. Itu yang baca, edit, baca, edit, lepas tu pass kat editor (Zaitun Ismail, Mem), dia komen ada something tak kena dengan flow. Start semula...
PadamSiri Jom Tanam (mengandungi cara tanam hingga memasak). Siri Jom Tanam dan Siri Mudahnya Menanam akan keluar bulan januari jugak ke?
BalasPadamYa, sepatut nya begitulah. :)
Padam