Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 7 Disember 2012

Benih Baru Untuk Dijual

Alhamdulillah, sebahagian daripada benih yang dipesan telah tiba.  Benih yang dimaksudkan ialah
Labu Manis Fajar, baka F1, 1122 (seakan-akan Butternut dengan kulit berbatik hijau dan kuning kemerahan),
Labu Manis Superior Pumpkin, baka 0526,
Bayam merah sepenuhnya, dinamakan Red Field, baka N888, 

Ramai yang meminta sayur kobis dan bunga kobis yang tahan panas.  Sukarnya nak dapatkan.  Akhirnya tercapai juga impian.  Hari ini kita tambah 3 jenis ke senarai benih untuk dijual iaitu
Kobis Merah Sunny Side, baka F1,
Kobis Summer Autumn, baka F1, 633
Bunga kobis, Cauliflower, Green Harmony, baka F1, 509.

Dapatlah rakan-rakan cuba sayur dari jenis yang sukar diperolehi yang biasanya tidak dijual kepada home gardener.  Jangan tunggu lama, benih terhad, tak tahu bila lagi boleh dapat.

13 ulasan:

  1. simpan kan saya.....kobis summer autumn dan bunge kobis. cauliflower.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya simpankan. nanti akira emel request. Kalau kat ulasan saya selalu termiss.

      Padam
  2. Assalammualaikum Tuan

    Saya nak semua jenis sayur kobis yg baru tu.
    satu pek setiap satu pun tak apa.Nanti bankinkan ongkosnya.Terimakasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      OK nanti bila dah kembali ke rumah saya poskan. Benih terdahulupun masih menunggu penerima kembali dari bercuti. :)

      Padam
  3. En is..simpankan saya 2 pek kobis merah sunny side, 1 pek kobis summer autumn dan 1 pek bunga kobis.nanti saya hantar order list dlm masa terdekat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, saya simpankan untuk Aku P@aN. Nanti emelkan request.

      Padam
  4. wah... menarik ni - cauliflower... saya tanam benih yang dibeli di pasaraya - tak berbunga pun... kecik hati... harap pokok je rimbun... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cauliflower memang ambil masa yang lama sedikit untuk mendapat hasil.

      Padam
  5. Salam. .en.is sinpan untk saya juga bnh kobis n bunge kobis tu ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, emmatam perlu kirim emel untuk elakkan kekeliruan.

      Padam
  6. benih purple carrot x de lg ke abg?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum tiba. Pesanan purple carrot daripada syarikat lain.

      Padam
  7. Kobis merah sunny side f1, kobis summer autum f1 633, kobis bunga, green harmony f1 509..1 pek setiap jenis

    BalasPadam