Hujan mula turun setiap hari. Serangga perosak yang terbang dah mula berkurang. Masa untuk menyemai lagi. yang mengacau dua tiga hari ini hanyalah siput dan lintah bulan. Haiwan tersebut walaupun perlahan pergerakannya kemusnahan yang mampu dilakukan agak dasyat juga. Satu patch semaian mampu dimusnahkan dalam masa satu malam sahaja. Masalah lain tiada sebab tanah elok salirannya. Cuma pastikan tanaman berada diluar aliran air.
Air yang menyiram tanaman setiap hari memberikan pulangan yang lumayan. Semua pokok yang disemai bulan lepas dan bulan September telah membuahkan hasil. Terung panjang hijau, bendi emas, moruga dan habanero hari ini menjadi tuaian. Tak saya tak makan cili moruga, ia terlalu pedas untuk keluarga kami.
![]() |
Tuaian hari ini, best kalau masak kari. |
Bendi Emas yang dituai cantik. Saya tuai muda. Kulitnya berwarna hijau terang dengan bulu seperti baldu. Isinya tebal berlemak. Yang muda saya cicah sambal kicap dan makan dengan nasi. Yang matang sedikit dibuat kari.
![]() |
Tuaian pertama bendi emas. Memang lebat pokok ni walaupun tinggi bari mencecah 1 kaki (30 cm). |
Terung Panjang Hijau, rasanya lebih kuat daripada rasa Terung Bride dan Purple June. Tapi rasanya tak sekuat rasa Terung Bulat. Isinya berlemak. Enak dibuat kari dan masak lemak kuning. Yang menakjubkan ia cepat berbuah. Pokok yang dituai ini ditanam dalam bekas dan umurnya tidak sampai 3 bulan. Berbaloi tanam.
![]() |
Terung Panjang Hijau memang enak rasanya. |
As salam tuan,
BalasPadamBendi emas saya dh mula membesar. Putik2 bunga pn dah nampak. Tgk dlm foto ni, buah bendi emas agak kontot berrbanding bendi singa. Bekalan bendi singa segar dr kebun saya masih berterusan. 4 hari sekali kena tuai utk elak buah jadi tua. Puashati sbb dpt mkn bendi segar dan bebas racun.
Terung panjang hijau baru je saya semai biji benihnya. Harap2 ia tumbuh dgn baik sbb terung ni lambat nk bercambah.
Saiz bendi emas lebih kecil berbanding bendi singa. Ia sama lembut. Saya makan mentah, ada perbezaan antara dua bendi ni. Dua dua sedap. Kulit bendi emas seperti baldu sebab ada bulu halus. Isinya lemak.
PadamTerung kalau boleh semai indoor. Kalau kat luar mungkin akan dibawa air. Terung hijau panjang agak tahan penyakit. Yang saya semai semua menjadi.
en is,xde rancangan ke nak jual benih habanero dgn moruga..saya menunggu ni.hehehe
BalasPadamAku [email protected] dah boleh pesan. Benih dah sedia, tapi limited. Kena cepat2 snap.
BalasPadamKalau macam tu saya nak 1 pack habanero,1 pack moruga...benih yg lain saya email dlm masa terdekat..
PadamOK, saya simpankan.
PadamTuan, saya nak book juga.. 1 pek Habanero & 1 Pek Moruga..
PadamTerima Kasih :)
Ok, saya simpankan untuk Sir syahmi. :)
Padamwah... kalau macam ni, nampak gaya tak lama lagi boleh la saya merasa bendi emas juga... pokok saya pun dah tinggi 1 kaki... saya nampak dah ada putik bunga... ingatkan terlalu awal dia berbunga... dah sampai masa rupanya...
BalasPadamJangan lupa feed baca organik 2 minggu sekali supaya pokok tak bantut.
PadamEn Is.., saya nak book .. 1 pek Habanero & 1 Pek Moruga.
BalasPadamOk, saya simpankan untuk terubuzo.
Padamkalau dah semai bibit terung hijau berapa hari baru tumbuh nya?
BalasPadam