Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 10 November 2012

Tuaian Hari Ini -- Bangun Bangun, Cuban Oregano




Bangun Bangun, akan dikeringkan dan dibuat teh.

Daun Bangun Bangun enak dibuat teh.  Jemur seluruh daun, jangan hiris.  Jemur daun satu lapis sahaja di tempat yang kering tanpa kena cahaya matahari secara terus.  Seeloknya jemur selama 4 hari, sehingga daun kering.

Apabila kering, bolehlah lumatkan daun sehingga menjadi saiz seperti serbuk teh yang biasa.  Saya lebih gemar simpan daun tanpa dilumatkan dalam balang kaca.  Bila nak minum teh, bancuhkan daun dalam air panas selama 5 minit.  Teh bangun bangun enak dihidangkan tanpa gula.   

Teh Bangun bangun dapat kurangkan stress.  Kesannya seperti Teh Chamomille.  Bangun Bangun dicemai menggunakan keratan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan