Keratan batang lazimnya tidak semua berjaya dicambahkan. Dari pengalaman saya, mulberi mempunyai kadar percambahan yang tinggi, iaitu sekitar 80%. Rosemary, biasanya hanya 50 hingga 60% berjaya dicambahkan oregano sekitar 40%. Ini bergantung kepada kaedah propagasi, misalnya medium (tanah), lembapan, dan suhu. Jadi jika rakan hanya membeli 1 atau 2 keratan, jika keratan tidak tumbuh, rakan-rakan akan terfikir keratan yang saya kirim tidak bernas. Ini akan menyebabkan ada rasa kecewa dan patah semangat.
Oleh sebab itu, mulai dari sekarang, jualan keratan hanya dalam set 5 keratan. Jika hanya inginkan 1 batang sahaja, saya tidak akan kirim kerana peluang untuk gagal cambahkankeratan tersebut adalah terlalu tinggi.
Ada yang bertanya, mengapa keratan rosemary menjadi kering selepas disemai. Sebenarnya, ini adalah normal. Selepas disemai, sel sel pada batang akan bertumpu kepada aktiviti untuk cambahkan akar bagi membina sistem akar yang kukuh. Bila akar tumbuh dan sistem akar telah kukuh, barulah tunas akan mula tumbuh. Masalahnya, rakan-rakan yang baru belajar mencambahkan rosemary dengan keratan akan tarik batang keluar untuk memeriksa samada ada akar tumbuh atau tidak. Ini menyebabkan akar yang baru tumbuh cedera dan keratan tersebut mati.
Mengapa saya tak kirim keratan yang lebih kukuh, iaitu keratan berkayu? Saya tidak kirim keratan berkayu kerana keratan berkayu mengandungi sel yang telah mati. Ia tidak akan menghasilkan akar atau tunas yang baru. Keratan terbaik mengandungi batang yang lembut.
Ada juga yang bertanya mengapa keratan oegano menjadi kuning dan mula kering. Perkara yang sama berlaku. Pokok cuba hasilkan sistem akar yang kukuh terlebih dahulu. Dalam masa tersebut daun akan menjadi kuning dan luruh. Kebiasaannya bila melihat keratan mula layu, ia akan disiram untuk menyelamatkan keratan darfipada layu. Oleh kerana pokok masih lemah, ia akan mudah diserang penyakit. Tanah yang basah mudah merebakkan kulat. Jangkitan kulat menyebabkan penyakit reput batang. Apabila ini berlaku, keratan akan mati.
Ada yang memohon saya kirim keratan mulberi yang mengandungi tunas dengan daun yang telah besar. Daun yang telah besar membebaskan air dari batang dengan kadar yang tinggi ke dalam udara melalui proses yang dikenali sebagai transpirasi. Ini akan menyebabkan daun tersebut layu sebelum akar sempat tumbuh. Keratan yang terbaik mengandungi kulit yang masih lembut dengan mata tunas yang masih belum mengandungi daun.
En Is, berapa harga satu set rosemary and oregano?
BalasPadamBuat masa ini set rosemary dan oregano tiada stok. Yang ada hanya keratan mulberi. 5 keratan harganya RM10.
PadamPenerangan yang cukup padat.. Boleh dijadikan panduan untuk menghasilkan keratan-keratan yang mempunyai peratusan hidup lebih tinggi terutama pokok silverdust saya tu..
BalasPadamTerima kasih tuan.. :)
Sama-sama Sir Syahmi.
PadamEn is, keratan mulberi saya mjadi kering dan mati selepas seminggu disemai. teruja sgt nk mkn buah muberi selepas tunas2 baru tumbuh.. tapi tak lama slpas tu jdi kering dan mati. berapa lama yg sesuai untuk mengubah batang2 pokok tersebut selepas disemai. klau nak order lagi boleh ke.. tkasih..
BalasPadam