Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 26 November 2012

Tanaman Padat Tak Boleh, Tapi Kadang-Kadang...

KEBIASAANNYA ANAK POKOK dijarangkan untuk menghasilkan pokok yang subur, gemuk, dan enak.  Bagaimanapun, kadang-kadang ada yang ingin menanam secara intensif.  Setiap ruang yang ada ingin dimanfaatkan.  Ini mungkin kerana  ruang terhad tetapi jumlah sayur yang diperlukan banyak.

Adakah ini mungkin?  Ya, anda poleh tanam dengan padat jika tanah dicampur dengan kompos atau baja organik.  Struktur tanah juga elok, dan seeloknya terdapat organisma di dalam tanah (terutamanya cacing tanah) yang secara berterusan menggembur tanah dan membaja tanah yang digunakan.

Oleh kerana sawi memerlukan cahaya dan air, lokasi bekas mesti mendapat cahahya yang sepenuhnya dan tanah disiram dengan air yang cukup tetapi tidak sampai bertakung untuk memastikan tiada waktu kering yang menyebabkan pokok menjadi terlalu berserat.

Jangan siram di atas daun, sirap pada pangkal batang pokok.  Gunakan penyiram yang mempunyai muncung panjang.  Daun yang basah mudah dijangkiti penyakit.  Lazimnya tanaman yang padat mudah dijangkiti penyakit kerana aliran udara kurang elok.  Jadi anda pastikan daun tidak basah untuk kekalkan tanaman yang sihat.

Jika anda inginkan pokok yang lebih besar, dan tidak menggunakan penanaman secara organik sepenuhnya, tambahkan 1 sudu teh baja urea (hablur warna putih seperti garam) dalam 2 liter air sebagai booter nitrogen dan siram seperti biasa dua hari sekali.  

Sekiranya tanaman menjadi terlalu padat hingga tiada ruang untuk daun membesar, tuai sebahagian daripada tanaman, misalnya 10% daripada jumlah keseluruhan untuk menjarangkannya.  Jangan cabut pokok yang ingin dituai.  Kerat (gunting) batangnya pada paras tanah supaya daun tidak tercemar dengan tanah.

Tuai selepas 3 atau 4 minggu pokok disemai.

Pokok sawi christmas green yang ditanam dengan kaedah intensif.

4 ulasan:

  1. ohh.. patut lah daun saya nampak 'sakit'.. rupanya susah bernafas ya.. tapi mcmana kalau kena hujan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau laluan uadara tersekat dan daun basah, kulat mudah merebak. Pokok akan mati atau rosak akibat serangan kulat.

      Padam
  2. biasa siram guna hos..so tk lbh le ye sbb kena daun2?ni terpakai untuk smua pokok ke?

    BalasPadam