Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 26 November 2012

Stok Benih Serta Cadangan

Benih Bayam Malabar (Remayung merah) telah habis stok.  Ia telah dikeluarkan dari senarai sehingga saya mendapat stok yang baru.

Minggu ini saya telah tambah satu lagi jenis benih bayam iaitu bayam merah 788.  Saya perhatikan pokok bayam yang ditanam oleh rakan-rakan tumbbuh dengan amat subur.  Bayam adalah tanaman yang "self-seeding."  Maksudnya, jika dibiarkan berbunga, benih yang terhasil akan bercambah dengan sendiri dan akan memenuhi ruang dalam laman.

Ada jenis bayam (amaranthus) yang ditanam sebagai pokok perhiasan.  Satu daripada jenis bayam tersebut ialah bayam ekor kuda (pony tail amaranthus).  Saya ada menanam pokok tersebut.  Tangkai bunganya panjang seperti ekor kuda.  Sekarang pokok telah mencecah 25 cm (10 inci).  InsyaAllah dalam sebulan lagi saya akan jual benih bayam ekor kuda melalui blog ini.

Saya juga bercadang untuk tambah 10 lagi jenis benih yang baru awal bulan Disember.  Jika rakan-rakan ada cadangan benih apa yang nak ditambah, atau ada terlintas nak dapatkan mana-mana benih yang belum tersenarai, boleh nyatakan melalui ulasan (comment).

41 ulasan:

  1. 1. En Is ada benih english parsley. Saya sudah beberapa kali membeli pokok dari nursery tapi asyik mati...

    2. Saya mencari Rizom bunga kantan. Jika ada saya nak oder

    3. Ada gambar bayam ekor kuda ke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Kak Nor, rizom bunga kantan ada dalam stok, dijual dalam set 5 iaitu RM10.

      English parsley, saya pernah jual, nanti saya check stok. kalau ada pun tak banyak. Pokok yang saya tanam tahan, dah hampir 6 bulan masih subur. Tapi saya tanam 1 pokok aja dan dah lama dilupakan, hinggalah saya baca komen Kak Nor.

      Berikut adalah link ke gambar pony tail amaranthus. Pokok yang saya semai belum berbunga. Gambar ini bukan milik saya.

      http://www.ho.haslo.pl/images/article/2004/07/1791/szarlaty_1.jpg

      Padam
    2. saya pon nak rizom bunga kantan...sedapnyer buat masak asam pedas...huhu

      Padam
  2. Kalau masih ada stok saya nak book benih english parsley. Nanti saya akan emel order saya.
    Bolel En Is tuliskan cara cara menyemai dan menjaga pokok english parsley ni. T ksh.

    BalasPadam
  3. Cadangan saya:

    1. Arugula/rocket, Royal oak leaf, Dandelion, radicchio, Yugoslavian Red lettuce. Oh, saya suka daun-daun mentah.

    2. Ubi bit merah: Mana-mana kultivar. Kalau dapat jenis Chioggia pun bagus.

    3. Fennel? Mungkin ulam-ulaman tempatan juga?

    4. Terung: Jenis 'Black Beauty'.

    5. Asparagus: Jenis yang boleh hidup di Malaysia. Haha.

    6. Broccoli: Mana-mana kultivar biasa. Kalau dapat Romanesco pun cantik.

    7. Kale: Ini rasanya tak sesuai dgn cuaca Malaysia. Haha.

    8. Parsnips, turnips & radishes: Jenis ubi lain pun bagus.

    9. Common sage, orange mint, spearmint, peppermint, dan herba-herba masakan lain. Herba buat ubat saya tak kenal sangat. Haha.

    10. Tomato: jenis Roma, San Marzano & mana-mana heirloom beefsteak seperti Black Krim atau Brandywine.

    Note: Saya tak reti sangat. Harap abaikan tumbuhan yang tak boleh tumbuh di Malaysia. Atau yang ada larangan import/export dan sebagainya.

    Terima kasih & semoga berjaya.

    BalasPadam
  4. Macam komen di atas, saya cadangkan mint. Mint yang saya ada sekarang jenis mint biasa. Saya harap ada jenis mint yang lain seperti apple mint, pineapple mint, chocolate mint, lavender mint etc. Seronok juga kalau dapat kumpul dan tanam banyak jenis mint.

    Lain-lain saya mahu Chrysanthemum, ulam raja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chrysenthemum pernah ada, tapi dah habis stok.
      Ulam raja ada dalam simpanan.

      Mint, akan cuba diusahakan.

      Padam
  5. tomato kulit hitam
    meranti
    purple cauliflower
    asparagus (boleh ke kat malaysia nih)
    pucuk paku :)
    zuccini
    peas sprout
    brussel sprout
    ornamental pumpkin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tomato kulit hitam belum pernah lihat, meranti saya ada pesan dari pembekal, tapi belum terima, purple cauliflower, pernah ada dulu tapi mengambil masa yang terlalu lama untuk matang, jadi saya tak order banyak. Benih yang ada pun dah menjadi hampa. Asparagus, insyaAllah akan diusahakan. Pokok paku membiak dengan spora, rasanya tiada dibekalkan. Saya akan cuba dapatkan induk untuk propagasi, zukini pernah pesan, pembekal tak nak jual. Diberi alasan tak tumbuh kat tanah rendah. Saya akjan cuba lagi.
      Brussell Sprout tak sesuai ditanam di sini. Ornamental pumpkin, insyaAllah saya akan dapatkannya.

      Padam
  6. Balasan
    1. Saya akan cuba dengan pembekal lain. Pembekal sekarang tak mahu jual kat saya. Lowland, tak tumbuh katanya.

      Padam
  7. kalau dapat masukkan pelbagai benih bunga best jgk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah. Saya ada beli benih daripada luar. Amat sukar nak dicambahkan. Tak berani jual melalui blog.
      Saya akan pilih jenis yang mudah dicambahkan.

      Padam
  8. saya cadangkan benih/keratan/anak pokok tin @ fig. tapi tak pasti pula boleh survive tak di tempat kita, saya pernah terbaca pokok tin memerlukan kumbang khas untuk mendebungakannya... tak tau la sahih ke tak sahih.. harap tuan is boleh pertimbangkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam tuan bagaimana benih pokok tin dah ada ke ?

      Padam
    2. Waalaikum salam. Saya belum dapat benih dari baka yang elok.

      Padam
  9. saya berminat dengan benih:
    1. baby kailan
    2. radish
    3. bawang-bawang - bunga atau bahan masakan

    BalasPadam
  10. benih romain salad, red coral salad dan benih pokok cengkih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jenis jenis salad akan diusahakan. Cengkih, susah sikit sebab pembekal benih yang ada contact hanya bekalkan sayur.

      Padam
  11. Saya nak benih pokok mas cotek, mahkota dewa, ulam raja, pokok bunga kantan.....jika ade best jgk sebab kat nurseri takde jual.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulam raja ada stok. bunga kantan dah habis rizomnya. Mas cotek dan mahkota dewa, insyaAllah akan diusahakan.

      Padam
    2. En is kalau ade benih2 pokok2 herba saya sgt berminat

      Padam
    3. Benih herba adalah antara benih yang paling dikehendaki, malangnya pembekal tak nak supply sebab benih ambil masa yang lama untuk bercambah. Biasanya kena komplen jual benih tak tumbuh, sedangkan sebenarnya pembeli tak sabar menunggu. Semua pembekal benih saya berikan alasan yang sama. Bagaimanapun, buat masa ini saya ada beberapa jenis benih herba.
      Bail, termasuk sweet basil, holy basil (thulasi), horapha liquorice basil, lemon/hairy basi (kemangi), herba cilantro (coriander, ketumbar), chinese celery (daun sup), dan celery (daun sadri),
      rizom temu pauh dan halia bara.

      Padam
  12. saya sedang mencari benih bunga kantan..boleh x sape2 bantu dimana saya boleh beli benih bunga kantan area selangor or kuala lumpur

    BalasPadam
  13. Salam sejahtera Encik Iskandar Ab Rashid,

    Saya sedang mecari 'rizom bunga kantan'. Harap dapat harga dan cara pos untuk barangan tersebut.

    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat masa ini rizom bunga kantan dan habis. Saya akan sediakan set yang baru dalam 2 minggu lagi.

      Padam
  14. Slm sy bmnat dgn rizom bunga kantan.mcmne nk bli ye

    BalasPadam
  15. Untuk meletakkan iklan sila hubungi admin. 0175009364.

    BalasPadam
  16. salam.. ada x jual benih arugula..roket kalau ada sy nk beli.. nnt blh email?
    tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      Benih tersebut tiada stok. Nanti synor76 hubungi semula melalui emel [email protected]
      Kami akan buat pesanan dari pembekal bila mereka masuk semula kerja, selepas 27 Feb nanti.

      Padam
    2. Salam tuan..saya nak tanya pasal benih sayur arugula dan ubi2 ada tak?ubi bit & ubi kaler purple tu..

      Padam
  17. Saya inginkan benih popok roket atau arugula. Camne cara nk order? Tlg watsapp pd 0122038718.

    BalasPadam
  18. Saya inginkan benih popok roket atau arugula. Camne cara nk order? Tlg watsapp pd 0122038718.

    BalasPadam