1. Mula-mula isikan dulang semaian dengan tanah kompos lebih kurang 2.5 cm (1 inci). Ratakan tanah tapi jangan mampatkan.
2. Ambil segenggam benih sayur, kacang atau herba dan tabur di atas dalam dulang semaian.
3. Pastikan benih yang ditabur sekata.
4. Semburkan dengan air supaya tanah lembap, tapi jangan terlalu basah.
5. Letakkan dulang di tempat yang ada cahaya. Selepas 1 hari, 50% daripada benih akan bercambah.
Percambahan adalah galak, selepas 2 hari, 80% daripada benih akan bercambah.
Selepas tiga hari cambahan kelihatan begitu padat. Jika diletakkan di tempat yang cerah, daun akan berwarna hijau tua dan cambahan pendek dan kukuh.
![]() |
Add caption |
Puteri dengan bangga menunjukkan hasil tanamannya.
6. Cambahan tumbuh ke arah sumber cahaya. Dah sedia untuk dituai. Kalau pokok kelihatan layu, boleh semburkan air tapi jangan seeloknya jangan basahkan daun untuk elakkan diserang kulat.
7. Gunting cambahan, jangan tarik kerana kalau tarik tanah akan terkeluar dan kotorkan tuaian.
8. Untuk cambahan seterusnya, terbalikkan lapisan tanah dan leraikan tanah. Jangan buang akar. Tabur biji benih yang baru dan siram. Mudahkan?
Jika inginkan cambahan yang panjang, cambahkan di tempat yang kurang cahaya. Sehari sebelum tuai barulah letak di tempat yang cerah.
Yaaay, hari hujan pun best, masih ada aktiviti gardening. sekarang, Puteri happy.
wah! bestnya... boleh buat indoor gardening
BalasPadamAktiviti musim hujan. Puteri sejak menatih buat gardening, kalau terkurung dalam rumah sebelah petang akan mula buat hal. Mesti gardening.
PadamDulang tu tak perlu yg berlubang di bawah ye...
BalasPadamTak perlu sebab siram guna spray. Benih disiram hingga tanah lembap. siraman hanya sekali sahaja. selepas itu tidak disiram lagi sehhingga cambahan dituai. Jika cambahan disemai di tempat gelap untuk dapatkan cambahan yang panjang, siram sekali lagi selepas 2 hari kerana cambahan menyerap lebih banyak air.
PadamTanah tidak disiram sehingga basah untuk kurangkan risiko penyakit reput akar dan reput batang (damping off).
Kalau siram menggunakan bekas (misalnya tin), barulah tebuk di bahagian bawah. Jika tebuk, alas dulu dengan kain atau kertas untuk menghalang tanah daripada tertumpah keluar kerana aktiviti menanam microleaves dilakukan di dalam rumah.
tn..gmbr di atas sama dgn semaian sawi sya...adakah itu di panggil Microleaves?jika di alihkan ianye dapat membesar...cuma microleaves ni di tuai dalam waktu singkat..begitu ke sifu?
BalasPadamYa, biasanya paling lewat pun microleaves dituai bila satu atau 2 helai daun sebenar tumbuh, iaitu 2 minggu selepas disemai. Saya tuai dalam masa 4 hingga 5 hari sahaja.
Padamsalam, en is, ini yg saya tunggu, step by step with pics. kdg2 mcm blur bila nk menyemai. terima kasih utk ilmu ni, saya nk semai soya dan kacang ABC (mcm kacang merah). soya bercambah, tapi kacang ABC tak...jd lembik..nape ye? saya semai atas kapas lempab.
BalasPadamMungkin kacang ABC tersebut dah tak bernas, atau terkena serangan kulat.
PadamKapas lembap dan tisu boleh digunakan tapai medium tersebut bukan medium yang hidup. Ia lebih mudah dijangkiti kulat dan patogen (organisma yang membawa penyakit). Kalau tanah organik, terdapat imbangan organisma bermanfaat yang mampu mengurangkan kemungkinan serangan patogen.
ooo...mcm tu, terima kasih En Is untuk jwpn ni.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamjadi benih seperti kacang merah dan kacang hijau boleh diguna untuk microleaves juga ya?
BalasPadamYa, ada juga yang guna benih bunga matahari dan benih bendi. Dalam banyak banyak benih yang saya cuba, saya paling suka benih kacang mata hitam.
Padamterima kasih atas idea dan inspirasi untuk "tanah sendiri". Saya akan cuba menanam. Apartment kecik saja, tapi memang suka menanam.
BalasPadam