Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 6 November 2012

Pokok Timun, Perlukah Memanjat?

Pokok timun pokok memanjat. Itu pasti.  Tapi soalannya, perlukah pokok timun memanjat?  Dulu saya ingat pokok timun wajib memanjat.  Bila saya tanam timun, baru saya tahu.  Pokok timun memanjat, tapi ia tak semestinya memanjat.  Mana lebih elok, memanjat atau tidak?

Rakan-rakan pernah tanam timunkan?  Biasanya ia mati ketika atau selepas menghasilkan buah pertama.  Untuk pengetahuan rakan-rakan, pokok timun yang saya tanam dalam bekas styrofoam dan tidak memanjat menghasilkan 5 batch buah timun.  Yang memanjat menghasilkan hanya satu atau dua batch sahaja.



Bila diperhatikan, saya dapat menentukan puncanya -- graviti.

Graviti?  Apa maksudnya?

Begini.  Buah timun berat dan akan ditarik ke bawah.  Apabila buah terlalu berat, ia akan menghasilkan beban pada batang pokok.  Apabila buah terlalu berat, batang pokok akan snap.  Patah... dan pokok atau batang tersebut akan mati.

Kalau pokok memanjat, buah akan tergolek di atas tanah.  Ia tidak akan mengenakan tekanan pada batang pokok, jadi batang pokok tidak akan patah.

Transpirasi.

Pokok yang memanjat lebih terdedah pada laluan angin dan terik matahari.  Ini akan menyebabkan pokok kehilangan banyak air melalui proses transpirasi.  Pokok timun yang berbunga dan berbuah akan kekurangan terlalu banyak air sebelum disiram menyebabkan pokok mati.  

Kalau pokok tidak memanjat, ia terlindung sedikit, jadi kadar kehilangan air melalui transpirasi kurang.  Jadi kemungkinan pokok kekurangan terlalu banyak air sebelum disiram kurang sedikit, jadi kemungkinan pokok kekeringan kurang.

Serangga perosak utama pokok timun ialah kekabuh timun yang boleh terbang.  Pokok yang memanjat tinggi dan mudah diserang kekabuh.  Kekabuh pada kedudukan tinggi sukar diburu dan dimusnahkan berbanding kekabuh yang berada paras tanah.

Cuma kelemahan pokok yang tidak memanjat menghasilkan buah yang mencecah tanah.  Buah mungkin cela kerana terkena tanah.  Ini dapat diselesaikan dengan menutup tanah dengan sungkup atas mengalas buah dengan plastik.   

Jadi untuk semaian berikutnya, pasang pancang atau biarkan aja pokok merayap di tanah?


    

13 ulasan:

  1. betul juga tu...tapi kalau nak biarkan merayap kena sediakan kawasan yang besar pulak..kalau memanjat jimat ruang..emm tepuk dada tanya selera :)

    BalasPadam
  2. As salam tuan,
    Saya biasa tanam timun btg/mentimun ni. Saya lebih suka ia memanjat krn buah lbh elok dn membesar dgn sempurna kecuali ada serangan serangga. Jika buah tergolek atas tanah, bhgn bwhnya akn jadi kekuningan dn buah lbh terdedah kpd bahang kepanasan tanah. Spt kata mat jon, kalau ia merayap pasti memerlukan ruang yg luas dan kerja pembersihan rumpai jadi sukar terutama ianya ditanam di atas tanah bukannya bekas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tutup tanah terdedah dengan sungkup, misalnya cebisan kayu atau sungkup plastik. Nanti siapa-siapa yang ada ruang boleh cuba dan kongsikan pengalaman. :)

      Padam
  3. hehehe... untuk pertama kali saya dapat rasa hasil timun mini... itu pun dari pokok yang saya biarkan merayap... puncanya saya dah merajuk nak tanam timun... jadi pokok yang satu itu saya biarkan sahaja... susah payah dia nak hidup... akhirnya berbuah... dapat saya merasa... skrg ni saya letakkan pancang kecil / rendah... hanya untuk benarkan sulur pokok berpaut je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan patah hati. Timun segar amat enak, jauh beza rasanya dari timun pasaraya.

      Padam
  4. saya tanam pokok timun dekat pagar belakang rumah .... memanjat., saya suka tengok buahnya tergantung gantung ..... cantik dan buat saya seronok dan puas hati tengok hasil yang memanggil manggil minta dipetik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik, apa lagi pagi-pagi bila bunga mekar dan serangga datang berkunjung mengumpul madu.

      Padam
  5. Mungkin boleh biar dia memanjat tapi pada kadar yg rendah kot... separas pinggang si Puteri anak tuan, agaknya...

    Perbincangan ni menimbulkan idea utk saya cuba tanam rock melon secara melata di tanah je :D
    Atau rock melon lebih elok ditanam memanjat juga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau memanjjat, walaupun rendah ada risiko batangnya patah (snap). Saya akan cuba di seberang jalan. Mungkin akan cuba dengan timun tun.

      Padam
  6. Saya skrg baru nak cuba tanam timun ,batas anak2 sudah usahakan tunggu benih je yg belum ditanam ....benihnya nak disemai kat atas batas terus ke atau kat poly beg je dulu .

    BalasPadam
  7. Saya skrg baru nak cuba tanam timun ,batas anak2 sudah usahakan tunggu benih je yg belum ditanam ....benihnya nak disemai kat atas batas terus ke atau kat poly beg je dulu .

    BalasPadam
  8. Saya sedang menanam timun.saya dapati ada betul jugak sebenarnya bila di tanam memanjat batang mudah patah. Lagi pun saya tanam hanya dalam pasu

    BalasPadam