Minggu
lepas saya ada nyatakan akan postkan tentang microleaves. Ada yang bertanya, adakah microleaves sama
dengan taugeh? Tak sama. Sabar dulu, biar saya jelaskan.
Microleaves
juga kadang-kadang dikenali sebagai microgreen.
Saya akan gunakan istilah cambahan.
Walaupun cambahan jarang digunakan dalam masakan di kedai biasa, di
hotel dan restoren ternama, ia adalah antara ramuan yang biasa digunakan. Kira gourmet lah...
Di rumah,
saya gunakan cambahan dalam salad, burger, dan sanwic. Saya juga gunakan cambahan sebagai ramuan
dalam nasi goreng dan mee goreng.
![]() |
| Cambahan digunakan sebagai perencah nasi goreng. Enak! |
Kebiasaannya benih yang digunakan termasuk benih sayur, kacang dan
herba. Warnapun ada pelbagai. Ada yang hijau, ada yang merah dan ada yang
ungu. Cambahan dituai ketika anak pokok
masih muda, biasanya selepas satu atau 2 set daun sebenar tumbuh.
Apakah kelebihan cambahan? Ia
kecil, padat dengan rasa yang rangup dan enak, berkhasiat pula tu. Ya, ia lembut dan rangup, lebih lembut dan
rangup daripada baby kailan. Cambahan
amat sesuai dijadikan salad, sup dan penghias makanan (garnish). Oh ya, satu lagi ciri cambahan, ia membantu
badan melawan penyakit. Makan cambahan
badan jadi kuat dan sihat. Ini kerana
cambahan mempunyai bahan yang mampu membantu badan meyerap sebatian aktif yang
ada dalam masakan. Sebab itulah jus
cambahan, misalnya jus rumput gandum dijadikan minuman kesihatan. Daun dalam cambahan mengandungi bahan
penyerap sebatian aktif yang lebih pekat daripada sayur yang telah matang.
Ok, berbalik kepada taugeh.
Adakah sama dengan taugeh?
Sebenarnya tidak. Taugeh adalah
benih kacang yang dicambahkan tetapi tidak disemai. Oleh sebab itu taugeh mengandungi daun yang tidak matang yang
pucat. Batang dan akarnya juga kelihatan
pucat. Taugeh dihasilkan menggunakan
kaedah percambahan yang terdiri daripada benih dan air sahaja. Benih taugeh sebenarnya tidak disemai. Ia dicambahkan dalam bekas yang tertutup
pada suhu yang optima untuk percambahan.
Jumlah benih pula banyak, menghasilkan keadaan yang padat atau disebut
ketumpatan yang tinggi. Suasana benih
yang sesak, gelap, suhu tinggi, dan lembap bukan sahaja sesuai untuk
percambahan biji benih; malah keadaan
begini juga sesuai untuk pertumbuhan patogen, iaitu mikroorganisma yang mampu
membawa penyakit. Ini membimbangkan
terutamanya jika ingin hidangkan mentah.
Cara penyediaan cambahan
microleaves pula berbeza. Tanah atau
medium bernutrien digunakan. Cambahan
disemai dalam kehadiran cahaya matahari serta dengan kelembapan yang rendah. Kepadatan benih juga jauh lebih rendah jika
dibandingkan dengan taugeh. Cambahan
memerlukan masa antara 4 hari hingga 2 minggu sebelum dituai, iaitu selepas
daun telah matang. Tidak seperti taugeh,
cambahan microleaves dikerat ketika dituai.
Bahagian akar tidak dituai. Oleh
kerana daun telah matang sepenuhnya, ia mempunyai rasa yang paling kuat, lebih
enak daripada taugeh yang tidak matang.
Keadaan penyediaan microgreen juga tidak sesuai untuk pertumbuhan
patogen. Jadi microleaves lebih selamat
dimakan. Walaupun begitu, langkah keselamatan
perlu diambil. Basuh tuaian microleaves
sebelum dimakan.
Ok, berbalik kepada taugeh.
Adakah sama dengan taugeh?
Sebenarnya tidak. Taugeh adalah
benih kacang yang dicambahkan tetapi tidak disemai. Oleh sebab itu taugeh mengandungi daun yang tidak matang yang
pucat. Batang dan akarnya juga kelihatan
pucat. Taugeh dihasilkan menggunakan
kaedah percambahan yang terdiri daripada benih dan air sahaja. Benih taugeh sebenarnya tidak disemai. Ia dicambahkan dalam bekas yang tertutup
pada suhu yang optima untuk percambahan.
Jumlah benih pula banyak, menghasilkan keadaan yang padat atau disebut
ketumpatan yang tinggi. Suasana benih
yang sesak, gelap, suhu tinggi, dan lembap bukan sahaja sesuai untuk
percambahan biji benih; malah keadaan
begini juga sesuai untuk pertumbuhan patogen, iaitu mikroorganisma yang mampu
membawa penyakit. Ini membimbangkan
terutamanya jika ingin hidangkan mentah.
![]() |
| Cambahan dituai dengan mengerat pada batang pada paras 1 atau 2 cm daripada tanah atau medium. |


boleh en.is bagikan contoh benih ape yg boleh di kategori dan hasilkan mikroleaves.
BalasPadamSaya pernah guna selasih, kemangi, sawi, lobak putih, kacang hijau, kacang mata hitam, halba, ...
Padamkalau kita cambah kan benih kacang hijau (taugeh) dgn kaedah mencambah microleaves - hasil dia jadi sama tak?...
BalasPadam*saya rasa jadi sama... ia tak jadi taugeh tapi menghasilkan microleaves...?
Ya betul. Saya biasa buat dengan kacang hijau. Berserat sedikit tapi bolehlah buat rencah mee goreng.
Padamkalau kita cambahkan kacang mata hitam, dengan kacang hijau sampai keluar daun, boleh ke dimakan?
BalasPadamsbb bagi orang baru nak try macam saya, agak tertanya2
Ya, boleh. Kacang mata hitam sedap kalau buat macam ni. Sebenarnya buat taugeh pun sedap. Taugeh kacang mata hitam lebih sedap dari taugeh kacang hijau.
PadamSetelah dituai, tanah yang sama tu bole terus disemai semula dengan benih ke. Akar batch yang pertama tadi perlu dibuang dulu ke.
BalasPadamSaya baru belajar belajar menyemai microleaves ahad lepas. Projek bersama anak, so dia excited dengan projek dia. Kami semai dalam penutup kotak. In shaa allah, kalau sempat saya emel foto.
Benih yang digunakan sawi hong kong, salad summer green dan kcg mata hitam.
Tanah tu akan jadi macam karpet, sekeping. Leraikan tapi jangan buang akar, dan boleh guna semula.
Padamsalam en is...saya dapati harge untuk pea sprout di pasaraya agak mahal....jika saya nk buah sendiri pea sprout tu...di mana boleh saya dapatkan benih snow pea untuk disemai menjai pea sprout?
BalasPadamMemang mahal. Benih kacang pea yang saya beli dan jual melalui blog ini adalah antara benih kacang yang paling mahal yang saya pernah beli. Kalau boleh dapat kacang pea yang disasarkan untuk memasak, lebih murah. Mungkin boleh dapat di pasaraya.
Padamfrozen peas tu boleh bercambah menjadi pea sprout tak? aka dao miu.atau kacang peas yg masih dlm pod tu dah kucup matang ker untuk disemai menjadi cambahan?
BalasPadamKacang pea yang frozen tak menjadi sebab ia dah durebus sebelum dibekukan. Yang dalam lenggai (pod) kalau dah tua boleh dicambahkan.
Padamkalau begitu boleh la sya cuba dengan selasih yg sya tanam haritu.. lebih kurang begini la rupanya.. nampak meriah dalam pasu gitu... tapi silap sya ialah sya basahkan tanah tu.. ada tanda2 sprout akan layu.. baik dibuat garnish kan?
BalasPadamYa, kalau buat garnish pun enak.
Padam