Langkah-langkah Untuk Mengelokkan Tanah
Ada dua perkara awal yang perlu dibuat untuk
elokkan tanah.
Pertama, Faham tanah yang nak digunakan untuk
menanam.
"Tanah kat umah saya banyak batu
larrr."
"Ya ya, semua tanah kat taman
perumahan banyak batu. Pemaju sengaja
longgok kat situ. Kutip batu tu sikit
sikit, lama lama habis lah."
Apa yang saya maksudkan adalah lebih daripada
itu. Ya, batu memang salah satu daripada
masalahnya, tapi ada lagi perkara lain yang perlu diambil kira....
Dalam posting terdahullu, saya ada
bincangkan tentang faktor yang menyebabkan tanah subur serta bagaimana nak
tentukan kelebihan atau kelemahan tanah.
Ingat tak? Kalau tak ingat, godek
lagi blog ni.
Bila dah faham, sekarang fikir fikir
macamana nak baiki kelemahan tanah yang ada.
Kedua, pH tanah.
"Adui ini yang orang takut sangat
kimia kimia ni. Bukan sebab kimia, kimia
dapat A dulu, tapi sebab macamana nak uji?"
"Ya, ya saya faham."
Tapi kalau tanah terlebih asid atau
terlebih alkali kena baiki tanah.
Biasanya tanah berasid sedikit. Ini tiada masalah. Hanya tanah yang terlalu berasid kena baiki. Yang biasa biasa ok jer.
![]() |
Tanah yang sesuai untuk berkebun biasanya berasid sedikit. |
![]() |
Kalau pH tak sesuai, hampir mustahil boleh dapat tuaian sesegar ini. |
Oh ya, ada buku yang menjelaskan tanah berasid sebagai tanah masam dan tanah beralkali sebagai tanah manis. Saya pulak boleh terpengaruh dan sebar pulak istilah ni melalui tanamsendiri. Minta maaf ya, masam atau manis memerlukan deria rasa iaitu untuk tentukan. Saya tarik balik pernyataan pH dengan rasa. Sangatlah tidak betul.
Kalau jumpa penulis buku tersebut saya nak tanya,
"Tahi lembu asid atau alkali?"
Hmmm....nak tengok dia jilat tak tahi lembu tu untuk uji pH?
Tentang melaraskan pH pun telah
dibincangkan. Kalau belum baca, boleh
rujuk link berikut.
Ok, lah.
Ujian kimia tanah memang tidak dinafikan dapat membantu.
Tapi
siapa yang ada alat atau bahan sedemikian?
Saya sendiri pun jarang guna.
Bila suspek ada sesuatu yang tak kena aja baru guna. Ya memang betul, satu daripada cara membaiki
tanah adalah menambah mana-mana nutrien yang kurang. Ini akan dibincangkan dalam topik Membaja
nanti.
Bersambung...
Tuan. Sy nak tanya. Dlm keadaan cuaca yg hujan setiap petang, wajar atau tidak kerja2 pembajaan tanaman dibuat. Tq
BalasPadamTuan. Dlm keadaan cuaca yg hujan setiap petang, wajar atau tidak kerja2 pembajaan tanaman di buat. Tq
BalasPadam