Apa yang perlu dilakukan, ialah buat
sesuatu supaya tanah berada dalam keadaan sihat.
"Pulok doh... Hmmmm mengarut dah ni,
sebelum ni nak tanah hidup. Ni nak sihat pulak."
"Ha... Ya, tak tipu, tanah pun boleh
sihat."
Tanah perlu hidup dan sihat baru elok untuk menanam. |
Apa yang saya maksudkan ialah kedaan tanah
yang sesaui untuk organisma di dalam tanah menjalankan aktiviti pada tahap yang
optimum. Anda perlu bekalkan semua makanan iaitu bahan organik dan nutrien yang
diperlukan oleh organisma tersebut.
Bila cukup makan, organisma akan membiak
dengan cepat dan akan tukarkan tanah tersebut menjadi tanah idaman untuk
tanaman. Sudah terang lagi
bersuluhkan? Kalau guna tanah yang elok,
tanaman akan subur dan cepat menghasilkan banyak tuaian yang bermutu tinggi.
Tanaman akan gembira dan memberikan hasil yang lumaian. |
"Tanah yang macamana nak guna? Tanah
keliling rumah saya tak subur larr!"
Alah.... Tanah macamana pun boleh
guna. Kalau tanah kurang sihat, kita
pulihkan lah. Kira kita macam
doktorlah. Doktor tanah organik.
Kalau baiki tanah, tanah ruang parkir pun
boleh hasilkan sayur yang subur dengan kuantiti yang banyak dalam masa yang
singkat. Saya pernah kenal seorang
perempuan etnik cina yang umurnya menjangkau 3 angka yang tiap-tiap minggu
hantar sayur ke pasar. Sayur ditanam
dalam satu bathtub lama sahaja. Orang
bandar, mana ada ruang bertanam, pun boleh.
![]() |
Tanah yang macamana pun tak kisah, bila dirawat akan menghasilkan tanaman yang subur. |
Nanti ruang kat tepi tepi longkang tu, kat
belakang rumah, kat tepi jalan, kat celah mana-mana akan jadi patch sayur yang
paling subur. Kalau orang tanya, macam
mana buat. Beritahu,
"Saya belajar jadi doktor tanah kat
tanamsendiri.com"
Bersambung...
Tq.. Best nye.. Tak sabar nak jadi doctor tanah NIH.. Cepat2 bahagian 3..
BalasPadam:)
Padamha r kan...npe pendek sgt..sambung la cepat..hehehee
BalasPadamDah tua, sendi kat jari komplen kalau menaip banyak. :P
Padamkena upah kerani ni... semua dok suspend tunggu ending dia..
BalasPadamEnding, ni baru pembuka tirai. Kepala cerita pun belum mula lagi. :)
PadamSuspen je.. Hehe.. 23 episod lagi.. Astro first ada x? Haha :)
BalasPadamI folo.......
BalasPadam