Sebenarnya struktur tanah adalah faktor utama yang menentukan kesuburan tanah. Semau aktiviti lain yang kita lakukan adalah untuk mengekalkan atau membaikpulih struktur tanah. Ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan atau elakkan untuk mengekalkan kesuburan tanah, maksud saya struktur tanah yang elok.
1. Tambah bahan organik (rakan-rakan mesti kata "dah agak pun", sebab saya duk ulang benda sama aja, he he). Ni kalau orang lelaki, macam ubat kuatlah... Kalau orang perempuan, macam jamu. :P
2. Jangan cangkul atau kerjakan tanah ketika ia basah.
"Alamak! Kenapa pulak?"
Sebab kalau tanah basah, anda akan rosakkan struktur tanah. Lagipun ketika tanah basah organisma yang baik baik akan berada dekat dengan permukaan. Setiap kali cangkul mungkin akan tercangkul cacing dan organisma lain.
3. Elakkan terlebih gembur, misalnya menggunakan pembajak mesin.
"Ni nasihat untuk diri sendiri. :("
Elakkan juga daripada kerap memijak tanah yang ingin bertanam kerana ia akan memampatkan tanah. Kalau nak pijak, gunakan papan. Ini akan menyebarkan tekanan ke seluruh permukaan papan.
![]() |
Saya letakkan sempadan kayu untuk pastikan tidak memijak kawasan menanam. |
4. Elakkan penggunaan baja kimia yang berlebihan. Ia juga boleh merosakkan struktur tanah.
5. Pastikan permukaan tanah dipenuhi tanaman, tanaman litup, misalnya green manure, atau kalau terdedah, tutup dengan sungkup, seeloknya bahan organik.
6. Galakkan tanah supaya kekal hidup.
7. Jangan keluarkan bahan organik daripada tanah lebih daripada yang anda tambah. Misalnya bila anda tanam pokok, ia akan serapkan bahan organik. Anda perlu ganti dengan membaja menggunakan bahan organik supaya tanah kekal hidup.
Kekalkan atau baiki struktur tanah untuk hasilkan tanah yang sihat. |
Alamak saya pulak suka mencangkul masa lepas hujan. bukan ape lepas hujan tanah tak keras sebab kawasan rumah penuh tanah liat.
BalasPadamsamalah kita mat jon
PadamBetul tu, cuaca pula kurang panas jadi pasti bersemangat menyangkul. Tapi ia kurang elok untuk kesuburan tanah.
PadamBaru tahu tak boleh gembur tanah basah.. Terima kasih.. :)
BalasPadamKetika menanam memang kita akan gemburkan tanah. Yang tak elok kalau gembur secara menyeluruh kerana struktur tanah akan rosak. Sikit sikit tak apa.
Padamsalam en iskandar,
BalasPadamlps ni kena kurangkan aktiviti gembur tanah selepas hujan atau selepas siram pokok...:D
untuk tinja arnab...betul tak...sy keringkan dalam 2 hari kemudian guna untuk pokok
sy dapat tinja ni fresh dari arnab jiran yang sesat enak menjamu selera di kebun sy...
adakah pokok akan mati jika terkena kencing arnab..sebab 2 3 hari ni..pokok tomato, pokok limau sy kekuningan dan mati
Ya, itu tanda nutrien yang terlalu pekat. Seeloknya peram 2 minggu bersama kompos sebelum digunakan.
Padam