Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 15 November 2012

Mengendali Tanah Secara Organik, Bahagian 6 Daripada 26



Mengendali Bahan Organik


1. Sentiasa ganti bahan organik setiap kali selepas menuai tanaman.  Maksud saya selepas semua tanaman dicabut.

2. Bahan yang paling banyak mengandungi bahan organik ialah kompos.  Jangan risau kalau tambah terlalu banyak kompos.  Anda tak akan terlebih kompos.  Lagi banyak kompos ditambah, lagi elok.  Kalau anda tak buat kompos sendiri, boleh guna tinja haiwan ternakan yang telah terurai.  Jangan letak tinja yang baru.

3. Sungkup daripada keratan tanaman boleh juga menambah bahan organik ke dalam tanah.  Selain daripada menambah bahan organik, ia juga menghalang rumpai daripada tumbuh kerana sungkup menghalang cahaya matahari terkena permukaan tanah.

Keratan tanaman jangan dibuang.  Ia boleh dijadikan kompos dan dikembalikan ke tanah.  Kerat ranting supaya pendek dan lebih cepat mereput.  Cebisan tanaman boleh juga dibuat sungkup.


4. Tinja hijau (green manure), misalnya rumput, tanaman halba, sawi, atau apa-apa tanaman yang sengaja ditanam yang kemudiannya diuraikan untuk dijadikan baja boleh juga menambah bahan organik ke dalam tanah. 

5.  Ketika menuai, biarkan akar mereput di dalam tanah.  Ini akan menghasilkan ruang di dalam tanah dan membaiki struktur tanah tersebut.  Ruang akar yang reput membekalkan udara dan ruang simpan air.  Ada sesetengah tumbuhan, 50% daripada jisim pokok adalah terdiri daripada akar.  Ini mampu membekalkan bahan organik di dalam tanah.  Anda juga patut reputkan bahagian atas tanaman (bahagian bukan akar) dan kembalikan ke tanah sebagai sungkup dan kompos.

6. Tabur bahan organik di permukaan tanah.  Tabur bahan organik sedalam 2 hingga 3 inci (5 hingga 7.5 cm).  Lama-kelamaan bahan tersebut akan meresap masuk ke dalam tanah.

7. Gali alur sehingga aras lapisan bawah tanah (subsoil) dan isikan alur tersebut dengan bahan organik.  Sekali sekala isi dengan sisa organik daripada dapur.  Timbus alur tersebut dengan tanah.


Bersambung...

3 ulasan: