Jika anda inginkan peratus kandungan bahan organik yang kekal lebih tinggi, anda perlu berusaha lebih lagi.
"Pendek kata, kerja kerja kerja..."
Anda perlu tambah lebih banyak bahan organik, dan
dalam tempoh masa yang lebih lama. Tak hairanlah, kalau
sesetengah negara, petani guna tinja kuda dan lembu sehingga muat penuh
lori.
Kalau anda pernah lihat cerita "Back to the Future" pasti anda tahu apa yang saya maksudkan. ;)
Untuk tingkatkan
jumlah bahan organik di dalam tanah sehingga 50% daripada jumlah tanah, anda perlukan sekurang-kurangnya 5 tahun untuk menyuap tanah dengan bahan organik dengan kuantiti yang banyak.
Kalau anda seperti saya yang menanam tanaman
sayur secara organik dengan berterusan dan intensif, anda perlu perkaya tanah dengan bahan organik dalam kuantiti yang banyak secara berterusan. Jika anda abaikan proses
menambah bahan organik, organisma di dalam tanah akan kelaparan dan jumlahnya
akan mula berkurang. Akibatnya tanah menjadi kurang hidup dan semakin lama
menjadi semakin kurang sihat.
![]() |
Kalau menanam secara organik dan intensif, aras kandungan bahan organik perlu dijaga. |
Di negara kita, suhu tinggi dan kadar
penguaraian bahan organik juga tinggi jika dibandingkan dengan negara empat musim.
Jadi kita mesti lebih kerap suap tanah dengan bahan organik.
Bahan organik yang saya maksudkan termasuk baja organik, tinja
haiwan ternakan, rumpai yang telah mati dan mereput, keratan daun dan lain
lain.
asal potong rumput je mesti simpan/kumpul rumput tu. kumpul banyak-banyak sehingga terurai sendiri. betul tak En. Is.
BalasPadamrumpai yg telah mati digaul dengan tinja haiwan...memang bagus untuk tanaman.....
BalasPadamsaya selalu rasa ada masalah dgn rumput yg hendak dibuat kompos... akar dia boleh hidup semula... asalkan dapat air dan tanah... :(
BalasPadamKebiasaannya ia tak akan tumbuh kerana suhu di dalam kompos tinggi. Baca posting tentang kompos.
Padam