Halaman

Cari Blog Ini

Ahad, 11 November 2012

Mengendali Tanah Secara Organik, Bahagian 4 daripada 26



Bahan Organik
Sebenarnya dah banyak saya dibincangkan tentang bahan organik dalam blog ini.  Bagaimanapun tak salah kan kalau kita sentuh lagi tentang topik ini?

Bahan organik adalah baja tanaman yang lengkap.  Ini kerana ia mengandungi nutrien yang diperlukan oleh tanaman dengan lengkap. 

"Yer ker?  Macam tak percayalah...."

"Yer larrr."

Hampir semua bahan organik adalah terdiri daripada tanaman yang telah reput.  Tak hairanlah kalau bahan organik mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tanaman.


Sebahagian daripada bahan organik adalah terdiri daripada bahagian tumbuhan yang reput.

Boleh kata macam kitar semulalah, kita bahan organik.  Saya yakin rakan-rakan pernah belajar tentang kitar nitrogen dan kitar karbon ketika di sekolah dulu.   

Dalam halaman yang pemiliknya menanam dengan banyak dan kerap (seperti halaman rumah kami), tanah perlu dibaja dengan lebih kerap untuk menggantikan nutrien yang telah diserap oleh tanaman.  Kalau tidak dibaja, tanah akan menjadi kurang subur.

Pokok yang kita tanam akan menyerap nutien yang ada dalam tanah.  Bahan organik mempastikan nutrien yang diperlukan lengkap.


Sebenarnya, bukan sahaja perlu ganti nutrien yang telah ambil oleh tanaman.  Kita perlu tambah kuantiti nutrien yang ada.  Jangan risau kalau tertambah lebih nutrien sebab baja organik tidak akan memudaratkan tanah.

Saya perhatikan satu daripada "kesilapan" petani komersial ialah mereka kadang-kadang ada kecenderungan mengabaikan baja organik.  Ini adalah perkara utama kepada kesuburan tanah.

Bersambung...

16 ulasan:

  1. Betul tuan.. Kebanyakan petani komersial lebih mengutamakan baja kimia berbanding baja organik kerana inginkan hasil tuaian yang cepat dan cantik.. Itu pendapat mereka.. Dari segi pemerhatian saya pula, tanaman yang diberi baja organik lebih kelihatan sihat dan subur.. Bila baja kimia digunakan secara berlebihan, boleh mengakibatkan pokok mengalami gangguan..

    Selain baja yang dibuat secara kompos, apa pendapat tuan dengan penggunaan zeolite @ baja gunung berapi sebagai salah satu ejen untuk membaiki struktur tanah? Adakah sesuai menggunakannya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya belum berpeluang menggunakan produk tersebut.

      Padam
    2. Saya dalam proses untuk menilainya.. Buat masa ni saya hanya sempat menguji keatas 3 jenis tumbuhan iaitu Temu Pauh, Strawberi dan Bunga HSM.. Hanya strawberi menunjukkan perubahan ketara apabila tanah dicampur dengan 2 sudu besar zeolite.. Daunnya semakin hijau dan segar.. Bunga HSM pula mula menampakkan kesan pertumbuhan.. Harap- harap ianya akan membuahkan hasil.. :)

      P/s: Pemilihan zeolite juga perlu dilakukan secara berhati-hati kerana ada zeolite tiruan..

      Padam
    3. Saya pernah menerima sampel bintil baja yang dikatakan diproses daripada tanah gunung berapi daripada Indonesia. Daripada warnanya saya syak bintil tersebut kaya dengan magnesium. Saya tidak mencubanya kerana harga yang diletakkan terlalu tinggi.
      Satu daripada sasaran home gardener macam saya ialah untuk jimatkan belanja dapur.

      Padam
    4. Betul tuan.. Sasaran kita adalah menjimatkan belanja dapur.. Berapa harga bintil baja tu tuan?

      Padam
    5. Mereka letak harga RM658 seguni. Kata mereka lebih kurang 30 kilo.

      Padam
    6. Ya Allah.. Mahal sangat tu.. Huhu.. Kalau harga macam tu baik buat baja kompos aja tuan :).. Jimat duit..

      InsyaAllah saya akan kirimkan zeolite pd tuan untuk diteliti dalam masa terdekat ni..

      Padam
  2. Erm...saya sedikit keliru dengan pemilihan baja organik...baja organik dr sumber apa yg paling sesuai untuk tanaman????...Ada yang kata baja dr ayam dan kambing panas..Encik ada jual baja juga ke???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baja yang dikatakan panas adalah tinjauan yang fresh. Biasanya yang dah diproses jadi pellet ok. Panas disebabkan kandungan nitro yang terlalu tinggi.

      Padam
  3. Salam tuan dan juga sir syahmi,

    kat mana boleh beli zeolite @ baja gunung berapi? hasil pembacaan saya dgn rakan2 dari indonesia, mereka kata tanah hasil mendapan lavar gunung berapi itu membawa kpd.suburnya hasil pertanian mereka. Saya nak beli baja ni kalau ada, sebenarnya bukan baja tapi tanah lavar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Puteri Purnama..

      Memang benar yg zeolite tu bukan baja.. Ianya cuma tanah dari mendapan lavar gunung berapi.. Cuma antara fungsinya ialah utk membaiki struktur tanah.. Jika ingin menggunakan cara kompos lebih baik kerana ianya dapat menjimatkan kos..

      Tak banyak penjual atau pembekal zeolite yang menjualnya dalam kuantiti kecil.. Kebanyakan mereka menjual zeolite dalam kuantiti besar yg biasanya utk kegunaan ladang atau kebun.. Sekiranya dipek secara kecilan, harganya boleh melambung sehingga 5 kali ganda bagi setiap kilogram..

      Padam
  4. 'tanah perlu dibaja dgn lebih kerap' ... berapa kekerapan untuk membaja itu En.Is? - untuk di nisbahkan dengan luas halaman... sbb... kadang-kadang saya rasa terlalu kerap membaja (bila seminggu sekali)... tapi jarak utk 2 minggu macam lama sangat?... jadi berapa masa kekerapan yang sesuai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk tanaman sayur saya baja guna baja organik setiap 2 kitar tanaman. maksud saya, 2 kali tanam baru sekali baja sebab baja organik baja slow release. Saya nasihatkan 2 minggu sekali, sebab itu yang terbaik. Saya tak mengejar saiz, saya kejar sayur dengan rasa yang paling enak yang mungkin.

      Padam
  5. saya baru terbaca post ini..suka nak berkongsi..saya pernah gunakan baja ini untuk pokok orkid..sangat mengagumkan..pokok berbunga sepanjang masa..sayangnya saya sudah lama tidak ke daerah Bera Pahang untuk membeli baja yg ada dijual di salah satu nursery di daerah tersebut. Puas mencari disekitar kuantan..setakat ini tidak ditemui

    BalasPadam