Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 5 November 2012

Mengendali Tanah Secara Organik, Bahagian 1 daripada 26



Kalau menanam sayur secara organik, tak kiralah di ladang yang luas saujana mata memandang, atau ruang kecil aja, macam depan rumah saya ni, tanah adalah elemen yang paling penting.  Ia lebih penting daripada pokok sayur itu sendiri.

"Betul ker ni?  Macam tak percaya aja..."

"Betul."

Kalau kita menanam secara organik, perlu ambil kira tentang biologi.  Maksud saya, perlu pastikan tanah hidup.  


"Rule nombor Uno, tanah misti hidup."



"Alamak, macam mistik aja."

"Mistik mistik tu bohong aja, itu mainan orang jahil yang nak sesatkan orang.  Kita cerita yang tak mistik.  Yang betul.  Yang tak tipu."

Bila saya sebut, tanah yang hidup, maksud saya tanah tersebut perlu mengandungi komuniti organisma, atau mikroorganisma yang hidup dengan harmoni serta saling berkait antara satu sama lain.  Bila berkait dengan benda hidup, itulah maksud saya biologi tadi.

Kefahaman anda dari sudut biologi akan dapat membantu anda memanfaatkan tanah.  Tanah yang hidup akan menghasilkan tanaman yang subur. 

Kalau tanah hidup, pokok yang dihasilkan subur.



"Tak percaya?"

"Kan saya dah tunjuk pokok dalam laman saya, semua subur kan?"

Penyakit, makhluk perosak, keseimbangan tanah pasti dapat dikawal pada tahap minima jika anda menjaga tanah supaya hidup.  Jika anda bunuh mana-mana jenis hidupan dalam tanah, anda telah mengganggu keharmonian komuniti tersebut.  Akibatnya tanah tidak lagi sihat.  Kalau tanah tidak sihat, pokok yang tumbuh juga tidak sihat.

Jadi, jaga tanah supaya hidup dan sihat, pertumbuhan tanaman juga akan sihat, iaitu subur, cepat membesar, cantik, serta enak dimakan.

Bersambung...


7 ulasan:

  1. satu lagi entry yang bermanfaat dari En.Is.. syabas

    BalasPadam
  2. ok... sila tunjuk ajar - bagaimana memastikan tanah sentiasa hidup... terima kasih.

    BalasPadam
  3. Menarik sungguh artikel ni,x sabar nk baca sambungannya.Geramnya tgk puteri ngan sayur tu!

    BalasPadam
  4. kalau dlm tanah tu ada sarang semut gatai cmne lak tanah tu hidup ke mati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanah tu hidup. Semut gatal bantu cepatkan proses penguraian protein. Bagaimanapun semut gatal membunuh organisma lain. Tabur serbuk cengkih untuk halau semut.

      Padam