Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 29 November 2012

Mengendali Tanah Secara Organik, Bahagian 8 daripada 26


Saya perhatikan dalam program menanam di TV, mereka ajar untuk mampatkan tanah selepas menanam pokok.  Cara ini sebenarnya kurang elok kerana apabila tanah dimampatkan, ruang udara di dalam tanah telah ditutup atau dikurangkan.

Jika tanah mampat dan tidak mengandungi udara, pertumbuhan akar akan terbantut.  Kalau pertumbuhan akar terbantut, tanaman pasti terbantut kerana akar berfungsi untuk menyerap air dan nutrien daripada tanah.  Dari bacaan saya, ada yang mengatakan pertumbahan akar terbantut sehingga 90%. Serious tu. Patutlah kalau tanah mampat, pertumbuhan tanaman terbantut.  Ini amat ketara. 

Dengan memampatkan tanah, anda telah mengurangkan kandungan oksigen di dalam tanah.  Jadi, bukan sahaja akar tidak dapat udara, aktiviti organisma juga terbantut kerana organisma aerobik perlukan oksigen untuk respirasi.  Respirasi adalah aktiviti yang berkait dengan pernafasan. 

Perlu diingatkan, struktur tanah yang sihat perlukan masa terhasil, jangan bazirkan dengan memampatkan tanah.

Berikut adalah panduan untuk kurangkan berlaku pemampatan tanah.

1. Kurangkan memijak kawasan menanam.  Jika perlu, alas papan sebelum memijak untuk sebarkan berat badan.  Ini akan mengurangkan tekanan pada satu bahagian tanah.

2. Pastikan tiada kenderaan lalu di atas tanah yang mengandungi tanaman atau tapak semaian.  Seeloknya bina laluan khas.

3. Jika ingin menggembur, gunakan cangkul dan jangan pijak tanah yang telah dicangkul.  Pergerakan ketika menyangkul adalah secara undur.  Elakkan penggunaan mesin pembajak sorong secara berlebihan.  Dari pengalaman saya, sebaik sahaja mesin bajak menggembur tanah, kita memijak tanah tersebut kerana mesin gembur bergerak ke depan.  Aktiviti membajak juga memecahkan struktur tanah yang elok terbentuk hasil daripada aktiviti hidupan di dalam tanah.  Kesan ini lebih teruk jika membajak ketika tanah basah.

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan