Ramai yang bertanya samada tanaman mereka kekurangan mana-mana
nutrien atau baja. Sebenarnya
mengenalpasti samada pokok kekurangan mana-mana nutrien bukannya suatu erja
yang mudah. Ia adalah suatu yang mungkin
ya, mungkin tidak. Kata orang putih, hit
and miss activity.
Apa yang saya ingin katakan ialah, tak
selalunya tanda yang dinyatakan dalam buku teks itu betul. Ini kerana ada sebab lain mengapa pokok
menunjukkan tanda kekurangan sesetengah nutrien. Tanah itu sendiri mungkin kaya dengan nutrien
tersebut.
- Jadi untuk teka kekurangan nutrrien dengan lebih tepat, anda perlu ambilkira perkara berikut.
- Jika kuantiti nutrien/baja yang kurang sedikit sahaja, ia mungkin tidak menunjukkan tanda yang kita boleh lihat dengan mata kasar. Tanda yang ada mungkin hanya berkait, misalnya lebih kerap diserang penyakit atau tuaian semakin berkurang.
- Tanah kaya dengan nutrien tersebut, tapi akar telah rosak. Ini mungkin kerana akar telah dimakan makhluk perosak, misalnya ulat kekek, akar rosak kerana pokok pernah terlalu kering, air bertakung, atau akar terdedah pada bahan toksik.
- Ada pokok yang peka terhadap perubahan suhu, lembapan, pH tanah (keasidan tanah), cahaya, atau sesuatu bahan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit.
- Sifat nutrien itu sendiri. Ada nutrien yang mudah larut dan hilang dibawa air, perlu bahan lain untuk diserap atau tidak dapat diserap jika ada bahan lain.
Jika anda rasa tanah kurang sesetengah
nutrien ada boleh uji kandungan tanah tersebut.
Ada kit yang dijual untuk menguji kandungan nutrien dalam tanah.
Kit uji tanah yang ringkas menguji pH, kandungan Nitrogen, Fosforus, dan Kalium. |
Saya setuju tuan. Faktor kekurangan nutrien hanyalah antara faktor-faktor yang menyebabkan pokok kita tak hidup subur selain daripada faktor tanah, cuaca, perosak dan penyakit, dan amalan penanaman kita.
BalasPadamKit tu macam mana bentuknya tuan?
Gambar kit telah dimasukkan ke dalam posting.
Padamkit ni one time used ke or blh guna byk kali
BalasPadamYa, boleh guna beberapa kali. Ia menggunakan penunjuk dalam bentuk cecair. Tapi harganya amat tinggi. Saya sedang mencari kit yang lebih murah atau dalam bentuk elektronik.
PadamRasanye macam ni je yang paling murah dan lengkap.. Ada juga saya tengok yang murah tapi ianya hanya mempunyai satu fungsi sahaja..
BalasPadamDulu saya pernah miliki data logger dengan probe yang lengkap untuk uji tanah. Bila dah berhenti gardening sebab sibuk saya dah beri pada kawan. tapi harganya ketika itu agak tinggi.
Padam