Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 8 November 2012

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Puan Syuhada Ishak

Cantik.  Itulah yang terlintas difikiran bila saya melihat gambar ini.  Gambar yang dipamerkan hari ini adalah milik Puan Syuhada.  Gambar pertama menunjukkan pokok bunga dahlia dengan bunga yang sedang mekar.  Kami di tanamsendiri ada menjual benih bunga dahlia tetapi buat masa ini benih telah kehabisan stok.  Saya juga ada terhutang ubi dahlia dengan beberapa orang pembeli.  Disebabkan sekarang musim hujan, ubi dahlia rosak akibat kulat ketika dalam proses penyediaan.  Harap rakan-rakan tersebut dapat bersabar walaupun lama telah dijanjikan ubi tersebut.


Pokok bunga dahlia yang ditanam oleh Puan Syuhada.  Gambar milik Puan Syuhada Ishak,  ummimady@gmail.com

Bunga dahlia bila mekar memang terserlah.  Gambar milik Puan Syuhada Ishak,  ummimady@gmail.com

Gambar seterusnya ialah gambar lobak putih atau lobak kampung.  Mungkin Puan Syuhada boleh bercerita sedikit tentang tanaman ini.  Lobak yang ditanam sendiri dan dituai ketika mmasih muda iatu ketika lobaknya sebesar bola ping pong amat enak dimakan.  Ia mempunyai rasa manis, enak digoreng bersama bawang putih.  Ya, bahagian daun juga enak dimakan.

Lobak kampung telah dibuktikan dalam kajian sains dapat membantu penyakit yang berkaitan dengan hempedu dan hati.  Ia juga dapat membantu pesakit batu karang.  Maksud saya, ia dapat menghalang pembentukan hablur batu karang di dalam buah pinggang.

Orang yang sihat mana peduli itu semua.  Yang penting, lobak putih enak dimakan.



Lobak putik atau lobak kampung yang ditanam oleh Puan Syhada.  Gambar milik Puan Syuhada Ishak,  ummimady@gmail.com

Tak lama lagi lobak putih ini dah boleh dituai.  Gambar milik Puan Syuhada Ishak,  ummimady@gmail.com



2 ulasan:

  1. Terima kasih en.Is kerna menyiarkan gambar ini, lobak putih tu telah saya tuai dan saya masak tumis air dan bubuh sedikit lada hitam, rasenyer memang enak nak..nak...kita sendiri yg tanam.Tq en.Is nanti kalau semaian yg lain dh hidup subur saya akan kirimkan gambar kepada en.Is.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menjadi hannah tanam. Sebahagian daripada dahlia yang saya tanam diserang mealy bug daripada dalam tanah.

      Lobak kampung memang sangat menjadi. Apa lagi musim seperti sekarang.

      Padam